Magis Cinta Dior Di Château de Versailles
By
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full Bio|
Dec 03, 2024
Jam berdetak tepat menunjukkan 12 tengah malam. Versailles kekal hidup, seolah olah Château de Versailles diselubungi magis. Keraian berlangsung meriah penuh mempesona. Ibarat kisah dongeng menjadi nyata apabila rumah Dior menghidupkan kembali kemegahan pemerintahan Raya Matahari, sementelah penghormatan dan tanda cinta Christian Dior pada pesta pakaian beragam.
Seni Perancis mahu dikekalkan sehingga hari ini. Lantas tari Dior semakin memuncak dengan penampilan jelitawan disebalik topeng wajah. Malam magis semakin menguasai. Bermula di lokasi Paris sehingga Milan, Tokyo, Hong Kong, Kuala Lumpur, Chengdu, Dubai, Miami dan New York: kota-kota di seluruh dunia bercahaya dalam warna Krismas yang mengagumkan. Bagai refleksi kepada Raja Matahari, Le Bal des Rêves semarak bersinar ke seluruh dunia.
Butik-butik terhebat mempamerkan paparan jendela yang dihiasi motif emas rekaan Pietro Ruffo. Hasil tangan yang cantik, penuh anggun dan meriah. Satu penghormatan kepada Raja Louis XIV atau Raja Matahari. Sepanjang Disember, Dior mengundang semua untuk turut serta dalam keraian yang gemilang ini, ibarat menikmati musim sejuk yang magis tapa pengakhiran.
Kotak Mewah Rekaan Pietro Ruffo
Sekali lagi, Dior bekerjasama dengan Pietro Ruffo untuk menghasilkan koleksi hadiah akhir tahun yang menakjubkan. Untuk meningkatkan keunikan, artis Itali ini mendapat inspirasi dari motif ikonik yang menghiasi Château de Versailles. Penghormatan besar diberikan pada simbol matahari dan fleur-de-lys di gerbang emas istana dengan lantai marmar hitam-putih yang tersusun di halaman, serta jam anggun di dataran istana.
Kerdipan Cahaya Lilin Menghangatkan
Pada puncak keagungan Versailles, 1,300 api dinyalakan bagi menghangatkan kamar-kamar beradu utama. Francis Kurkdjian mencipta lilin dengan aroma kayu yang elegan dan menenangkan, khusus untuk musim percutian. Kurkdijian terinspirasi dari pelbagai jenis pokok yang tumbuh di sekitar château. Lilin ini memancarkan nota hangat yang menggambarkan aroma pokok buah berangan, linden, dan mapel dari hutan sekitar.
Menghitungkan Kemeriahan Hujung Tahun
Meriahkan perayaan hujung tahun bersama Dior dengan kalendar advent Le 30 Montaigne edisi terhad. Kalendar ini memiliki pintu indah berwarna emas. Di dalamnya tersembunyi 24 ikon Dior untuk dibuka setiap hari hingga tiba malam Krismas. Manakala produk tersembunyi terdiri dari wangian, koleksi penjagaan kulit, alat solek, dan lilin Bois des Rêves dengan aroma kayu yang menyegarkan. Kredit teks: Marini Mat ZainAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
