Ayda Jebat Kongsi Foto Terkini Aali Mateen
Momen-Momen Terbaik Di Anugerah MTV MVA 2025
Devialet Gemini II, Peranti Nirwayar Generasi Ke-2 Harus Anda Miliki
Puteri Eugenie Sedang Menantikan Kehadiran Cahaya Mata Kedua
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keaslian

Marc Anthony Timang Cahaya Mata Ketujuh

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Marc Anthony Umum Kehamilan

Pasangan dengan jarak usia 30 tahun itu mengumumkan berita kehamilan bersama peminat pada awal tahun ini. “Hadiah Hari Valentine paling bermakna. Terima kasih Tuhan atas rahmat terbesar dalam hidup kami ini,” tulis mereka menerusi satu kenyataan bersama di Instagram. Dua minggu sebelum mendedahkan berita kehamilan kepada umum, Marc Anthony dan Nadia Ferreira berkahwin dalam satu majlis gemilang di Muzium Seni Perez di Miami. Antara selebriti terkenal yang hadir memeriahkan majlis termasuk pasangan Beckham, Salma Hayek dan Lin-Manuel Miranda. Koleksi foto daripada majlis perkahwinan mewah mereka menunjukkan penampilan anggun pengantin perempuan dalam busana berenda rona putih rekaan Galia Lahav. Ia menampilkan korset nipis bersama perincian bunga. Pengantin lelaki pula kelihatan segak dalam sut Christian Dior.
Marc Anthony

Foto: Twitter

Perkahwinan ini merupakan yang keempat buat pelantun lagu I Need To Know itu. Dia pernah bergelar suami kepada aktres Dayanara Torres, (2000-2004), Jennifer Lopez (2004-2014) dan Shannon De Lima (2014-2017).   Foto: Getty Images Baca: Paris Hilton Timang Cahaya Mata Pertama Menerusi Ibu Tumpang
2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse