Rosé BLACKPINK Tampil Anggun Di Paris Fashion Week Musim Bunga/ Panas 2025
3 Produk Muka Terkini Mesti Anda Miliki Bulan Ini
Make Up For Ever Berkolaborasi Bersama Jessie J
BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan Lee Soo Hyuk
Home > Cantik > Mariah Carey Bakal Melancarkan Syarikat Kecantikannya Sendiri

Mariah Carey Bakal Melancarkan Syarikat Kecantikannya Sendiri

Mariah Carey dan pengurusnya Stella Bulochnikov bakal melancarkan sebuah syarikat kecantikan di Beverly Hills mengikut laporan ekslusif Page Six.

 

“Mariah dan Stella bakal memulakan sebuah perniagaan bersama, syarikat kecantikan mereka sendiri yang mereka mengharapakan untuk menampilak produk mereka sendiri seperti solekan, penjagaan kulit, dan wangian. Mereka merancang untuk membuka sebuah kedai di Beverly Hills dan sudah pun melihat beberapa ruang yang sesuai dengan rancangan untuk melancarkan syarikat mereka musim cuti tahun ini ataupun tahun hadapan,” nyata satu sumber.

 

Carey sebelum ini pernah berkolaborasi bersama M.A.C untuk koleksi holiday mereka dengan mengeluarkan 23 produk kosmetik yang terdiri daripada gincu, pembayang mata, eyeliner, dan banyak lagi.

 

Carey yang sebelum ini pernah belajar di sebuah sekolah kecantikan sebelum menarik diri mengaku yang dia sendiri memilih produk-produk yang dia akan pakai bukan sahaja untuk persembahan malah kehidupan sehariannya.

 

Is this going to be what we want for Christmas?