3 Produk Muka Terkini Mesti Anda Miliki Bulan Ini
Sudah bosan dengan produk muka sedia ada dan mahu mencuba sesuatu yang baharu buat diri anda? Ayuh GLAM senaraikan 5 produk terkini mesti anda miliki bulan ini!
Kami pernah menerima nasihat kecantikan daripada seorang guru kecantikan baru-baru ini. Katanya untuk mendapatkan keberkesanan optima terhadap penggunaan produk kecantikan pada kulit muka adalah dengan cara memperbaharui salah satu rutin cantik harian anda. Sebagai contoh, mungkin daripada 5 steps penjagaan muka anda itu, salah satu daripadanya haruslah diperbaharukan. Mungkin tukar kepada serum yang memiliki target baharu (daripada target merawat kulit sensitif kepada produk serum yang memiliki target melembap), atau mencuba terus jenama lain. Barulah produk kecantikan lain yang anda tepekkan pada muka akan kekal aktif meresap ke dalam kulit.
Jika bercakap tentang produk solekan pula, mungkin sebelum ini anda tidak pernah mencuba rona yang terang seperti jingga koral atau juga merah cili. Jadi, mungkin bulan ini anda boleh mengubah penampilan solekan anda agar tampil lebih fresh berbanding sebelumnya. Oleh itu, buat anda para penggemar kecantikan, kami di sini ingin berkongsi pelancaran produk muka terbaharu daripada jenama kecantikan lokal juga antarabangsa yang boleh anda cuba, mana tahu anda juga akan menyukainya! Ayuh lihat pilihan GLAM bulan ini!
3 Produk Muka Terkini Mesti Anda Miliki Bulan Ini
#1 Shiseido REVITALESSENCE SKIN GLOW Foundation
Memiliki kandungan SPF 30 PA+++ yang baharu serta memberikan hasil muka berseri walaupun sesudah solekan ditanggalkan. Ini kerana bedak asas ini memiliki intipati dua prebiotic berkuasa iaitu Kefir+ yang difermentasi juga Niacinamide- yang mampu menjana keupayaann kulit untuk mengekalkan mikrobiom yang sihat agar kulit kekal cerah dan berseri secara semula jadi. Hadir dalam 30 pilihan rona sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia.
#2 Melixir Vegan Relief Facial Moisturizer
Antara pelembap muka yang terbaik juga dicipta dalam bentuk vegan dan berformulasikan tumbuh-tumbuhan sesuai buat anda yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi. Intipati seperti ekstrak teh hijau dan minyak biji cumin hitam membantu merawat bahagian kulit kering, melembutkan lagi tekstur kulit disamping membekalkan hidrasi optima. Bukan itu sahaja, krim pelembap ini juga memiliki bahan agen pembasmi jerawat seperti intipati Aczero dan ekstrak daun centella asiatica yang turut bermanfaat dalam merawat kulit radang.#3 Aceology The Original Ice Globe Facial Massager
Sebuah alat urut muka moden yang dicipta bertujuan untuk menenangkan serta memberi pengalaman cooling pada kulit muka. Ia merupakan salah satu cara untuk mempertingkatkan kadar peredaran darah serta membekalkan oksigen secukupnya buat kulit. Di samping itu, rutin menggunakan alat urut muka ini juga mampu merawat penampilan pori serta memperbaharui kulit.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

