Magis Chanel No. 5
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!
Ralph Lauren Undur Diri, Lantik CEO Baru
Pertengkaran Antara Miley Cyrus Dengan Stefano Gabbana
Irama Lagenda Tchaikovsky Swan Lake Bakal Bergema Di Resorts World Genting
Home > Uncategorized > Model Victoria’s Secret Karlie Kloss Dikatakan Terlalu Gemuk

Model Victoria’s Secret Karlie Kloss Dikatakan Terlalu Gemuk

Kerjaya Karlie Kloss sebagai seorang model melonjak naik detik dia berjalan di atas pentas peragaan Victoria’s Secret dan dia mula menghiasi muka hadapan majalah-majalah ternama, memulakan minatnya dalam pengaturcaraan komputer.

 

Namun even untuk seorang Victoria’s Secret angel pun, Kloss masih lagi terpaksa menghadapi kritikan mengenai rupa tubuh badannya.

 

Sewaktu satu perbincangan di Cannes Lions International Festival of Creativity, Kloss berkongsikan pengalaman dan kesusahannya untuk rupa fizikalnya diterima oleh ejen-ejen.

 

“Saya digelar terlalu gemuk dan terlalu kurus oleh ejen kasting pada hari yang sama,” nyata Kloss.

 

Kloss walau bagaimanapun sering cuba untuk tidak memikirkan standard yang ditetapkan oleh industri dan masyarakat mengenai rupa fizikal sempurna. Dia hanya memberikan tumpuan yang lebih kepada kesihatan fizikalnya sahaja.

 

“Saya tidak mahu memuaskan hati sesiapa selain diri saya sendiri,” ucap Kloss lagi.

Model berketinggian 185cm ini juga sangat meminati bidang sains komputer sehingga dia memulakan kem musim panas “Kode with Kloss” untuk membantu gadis-gadis yang ingin menceburi bidang pengaturcaraan komputer.