Loading media...

Unable to load content
Previu Koleksi Jam Tangan Terkini Girard-Perregaux
Deanna Yusoff Merungkai Kisah Di Sebalik Dunia Peragaan
GLAM MEMORI: Nur Fazura
Jennie BLACKPINK Tampil Tanpa Seluar di Pertunjukan Chanel Musim Bunga-Panas 2025
TOD’S Shirt Bag, Statement Musim Baharu
Home > Fesyen > Berita > Neelofa Dijangkiti Influenza A, Mohon Doa Rakyat Malaysia

Neelofa Dijangkiti Influenza A, Mohon Doa Rakyat Malaysia

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Nor khabarnya kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota akibat jangkitan Influenza A. Menerusi hantaran di Facebooknya, Neelofa memberitahu beliau dijangkiti virus berkenaan ketika perjalanan ke Arab Saudi baru-baru ini.

Tambah Neelofa lagi, beliau mula menyedari dirinya kurang sihat sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini dan sebaik saja mendarat di Kuala Lumpur, Neelofa membuat keputusan untuk bergegas ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan malangnya mendapati dirinya sudah dijangkiti.

Selain itu, Neelofa turut membuat kenyataan memohon maaf atas tidak dapat memberikan komitmen dalam waktu sukar ini. “Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini. Saya terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku,” katanya.

Apa-apa pun, kami di GLAM mendoakan agar Neelofa lekas sembuh.