Projek #TheWomenBehindTheLens Oleh Maria Grazia Chiuri
Pereka Fesyen Selebriti Rizman Nordin Bersatu Jiwa Dengan Nurida Suraya
Pembukaan Semula Butik Coach Di KLCC
Pelancaran Tod’s Band Di Garden’s Mall
Pembentangan Koleksi Terbaru Max Mara di KLCC
Home > Personaliti > Apa Siapa Di Mana? > Pavilion Elite Bakal Beroperasi Di Bukit Bintang

Pavilion Elite Bakal Beroperasi Di Bukit Bintang

Pemaju Pavilion Elite, Urusharta Cemerlang (KL) Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Pavilion dan Qatar Holdings LLC mengumumkan satu projek pusat membeli-belah bersebelahan Pavilion Kuala Lumpur.   Pavilion Elite dijangka beroperasi pada November tahun ini. Projek ini dianggarkan bernilai RM650 juta dan terdiri daripada ruang yang boleh disewa berukuran 250,000 kaki persegi.  Pusat membeli-belah 10 tingkat ini bakal menawarkan lebih 70 jenama.   Wakil dari UrushartaCemerlang (KL) sdn bhd, Joyce Yap , berkata “Pembukaan Pavillion Elite ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan jenama fesyen serta meningkatkan jumlah peniaga dan juga  gaya hidup di Bukit Bintang. Selain itu, projek Pavilion Elite ini bakal mengubah Bukit Bintang menjadi salah satu destinasi pelancongan terbaik dunia.”   Pavilion Elite ini akan diuruskan oleh Kumpulan Pavilion Kuala Lumpur Sdn Bhd dan direka bentuk untuk berhubung dengan Pavilion Kuala Lumpur  sekaligus mengubah Bukit Bintang menjadi syurga membeli-belah.   [soliloquy id=”50555″]