Meghan Markle Bicara Kesukaran Menjadi Royal Mum
Meghan Markle mengakui bahawa beliau sukar menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan mengakui bahawa beliau tidak ‘OK’ dalam temu bual mengenai peranan barunya sebagai royal mum yang dijalankan oleh ITV, Harry & Meghan: An Africa Journey.
Duchess of Sussex itu bercakap dalam satu klip previu disebalik tabir rancangan dokumentari itu, mengatakan bahawa tahun lalu adalah tahun paling mencabar buatnya. Program dokumentari ini mengikuti Meghan, suaminya Putera Harry, dan baby Archie selama 10 hari dalam perjalanan pasangan diraja ini melawat Afrika.

Kredit: DepositPhotos
Dalam klip itu seterusnya menunjukkan rakaman lawatan keluarga diraja Sussex itu ke Afrika Selatan, Botswana, Angola and Malawi. Pasangan ini menjadi tumpuan dunia selepas Putera Harry mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas media british yang mengeluarkan artikel negatif mengenai Meghan. Baca artikel ini: Menghina Meghan Markle, Putera Harry Ambil Tindakan Saman Media British Sumber: Mirror UKWorld Exclusive; Meghan tells me of the intense pressures of a life in the spotlight and the toll it has taken on her behind the scenes. pic.twitter.com/tpmeomj5UV
— tom bradby (@tombradby) October 18, 2019
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
