Penampilan Meghan Markle Bertudung Menziarahi Masjid Curi Tumpuan Dunia
Jelita dan ayu sekali! Ya, itulah respon warga net apabila melihat gambar-gambar Meghan Markle menutup kepalanya semasa melawati sebuah masjid di Afrika Selatan tular di media sosial baru-baru ini. Penampilan Duchess of Sussex menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja, pertama kali selepas melahirkan anak sulungnya sekitar 4 bulan lepas.

Picture: Chris Jackson/Getty ImagesSource:Getty Images
Meghan yang turut ditemani suami, Putera Harry mengenakan busana longgar berwarna hijau zaitun mendekati masyarakat di sana. Ia adalah masjid pertama dibina di Afrika Selatan dan khabarnya pasangan tersebut berpeluang untuk melihat manuskrip pertama Qu’ran di Afrika Selatan. Di samping itu, Meghan, 38, dan Harry, 35, berkesempatan duduk di lantai masjid dan mendekati pemimpin tempatan.

© Splashnews

Tindakan Meghan ini sekali gus mengingatkan kenangan terhadap ibu Harry, mendiang Puteri Diana yang turut memakai selendang semasa melawat Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan pada tahun 1991.

Jom kita saksikan gambar-gambar Meghan Markle yang sempat dirakam oleh media antarabangsa. (Kredit foto @SplashNews)
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

