Coachella 2024: Momen Terbaik Minggu Pertama
5 Acara Larian Paling Ditunggu di Malaysia Wajib Disertai Untuk Pecinta Fitness
5 Filem & Siri Wajib Tonton di Netflix Pilihan GLAM
Anantara Desaru Coast Resort & Villas Mendapat Gelaran Baru
Trend Fesyen Terkini: Fenomena “Quite Luxury” Tiba di Malaysia

Penantian Peminat Berakhir, Faizal Tahir Tampil Dengan Konsert Sulung

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Harga Tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Dipertikai

Walaupun konsert ini telah lama dinantikan peminat, sesetengah pihak mengkritik harga tiketnya yang dikatakan terlalu mahal. Harga yang ditawarkan adalah RM688 (VIP), RM588 (Diamond) dan RM488 (Platinum). Faizal Tahir sendiri mengakui terkejut namun tidak boleh mengulas lanjut kerana semuanya diuruskan oleh pihak penganjur, JioBuddy. “Saya tak boleh jawab lebih-lebih tentang harga tiket kerana di luar bidang kuasa saya. Semuanya diserahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan dan penganjur kerana mereka juga mengambil kira banyak faktor sebelum memutuskan harga tiket.
“Kalau hendak tukar semula harga tiket juga bukan satu benda yang bagus sebab sudah dihebahkan. Mungkin ada sedikit salah saya juga sebab tak ambil kisah tentang harga tiket sejak awal sebelum melihat harga yang sudah diletakkan,” jelasnya.
Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Biarpun berdepan rungutan, bapa kepada tujuh cahaya mata itu berjanji akan memberikan persembahan terbaik. “Konsert ini bukanlah hiburan semata-mata sebaliknya saya mahu menyampaikan sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan. Saya nak orang pulang dengan rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing dan bukan sekadar berhibur,” katanya. Walaupun harga tiketnya menjadi pertikaian, tiket paling mahal iaitu VIP habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam. Penganjur memaklumkan tiket Platinum juga laris dan kini hanya tiket Diamond yang masih dibuka untuk jualan.   Foto: Facebook Baca: Konsert Ella Diiktiraf Malaysia Book of Records
2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse