Persis Magis, The Moscow Circus Sedia Memukau Rakyat Malaysia

Badut The Moscow Circus - Armen Asiryants
Tanpa mengira batasan umur, sarkas di mana-mana jua pastinya bisa menarik minat sesiapa sahaja. Apatah lagi dengan populariti filem The Greatest Showman yang turut melonjakka populariti sarkas serata dunia, rombongan The Moscow Circus kini tiba di Malaysia! Detik melangkah masuk ke dalam khemah sarkas itu saja sudah menerujakan, bayangkan pula persembahan yang menanti? Dengan aksi-aksi yang pastinya memukau dan memegun penonton The Moscow Circus membuka langkah pertama dalam The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 yang bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Dari 10 Ogos sehingga 2 September 2018, mereka bakal menghiburkan hati anda dengan seni sarkas yang sudah sebati dengan budaya Rusia sejak berkurun yang lalu. Menjamin bebas daripada aksi menggunakan haiwan, rombongan sarkas berbakat ini menampilkan beberapa aksi seperti aerialist, artis trapez, akrobat swing penuh terujaan, juggling bertaraf dunia, pakar ilusi dan pelbagai lagi. Setiap satu individu berbakat ini telah dipilih dengan penuh ketelitian daripada dua syarikat sarkas terkenal Rusia, Bolshoi Circus dan Nikulin Moscow Circus.
Jelajah khas Malaysia yang berlangsung selama lapan bulan ini telah dibawakan khas oleh Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama dengan Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich.

“Kami amat teruja untuk membawakan kumpulan sarkas Rusia ini ke Malaysia”, ujar Kenneth Lee, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia. “Kumpulan ini telah pun bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan mereka memberikan persembahan yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Kami amat berharap untuk melihat lebih banyak tawa dan senyuman daripada pengunjung di setiap pertunjukan kami di Petaling Jaya dan akan datang, di Queensbay Mall (Kawasan Parkir), Pulau Pinang.”
Dengan harga serendah RM50 sehingga RM280, bagi anda yang berminat untuk menyaksikan persemabahan menakjubkan dalam hidup anda, pembelian tiket boleh dibuat di www.ticketpro.com.my. Pemegang kad Maybank juga layak untuk menerima diskaun 15% untuk Pakej Keluarga (sah sehingga 2 September) sementara mereka berada di Petaling Jaya. Sokongan anda juga akan menjadi sebahagian daripada usaha mereka untuk menderma kepada Tabung Harapan Malaysia.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
