fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Lucky Ladies! Kenali Suami-Suami Tampan Selebriti Wanita Popular Tanah Air
Parti Alia Bastamam
Penantian 19 Tahun Berbaloi, Farah Ann Akhirnya Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
“Bila saya dah bersara, Bandar Kuching menjadi pilihan saya”- Didi Dayang
GLAM JANUARI 2015
Home > Personaliti > Cinta Antara Chloë Moretz & Brooklyn Beckham Berputik Kembali?

Cinta Antara Chloë Moretz & Brooklyn Beckham Berputik Kembali?

Foto Splash News

Hubungan antara kedua-dua insan muda ini mula berputik pada bulan Mei tahun lalu apabila Chloë Moretz sendiri mengesahkan statu hubungannya bersama Brooklyn Beckham sebelum mereka berpisah pada bulan Ogos tahun yang sama.

 

Namun sejak kebelakangan ini kedua-duanya telah mula memberikan petunjuk melalui media sosial akan status hubungan mereka yang agak mengelirukan. Brooklyn menggunakan frasa “my girl” untuk merujuk kepada Chloë  dan saling bertukar komen di Instagram dengan “love you.” Are they together? 

 

Baru-baru ini, melalui Instagram Story, Chloë telah berkongsikan klip video yang menampilkan dirinya bersama Brooklyn sedang menikmati perlawanan ragbi di Ireland. Sambil Chloë sedang memandang ke arah kameranya Brooklyn mengambil kesempatan itu untuk mencium pipi gadis tersebut membuatkan Chloë segan silu.

 

Then again ini bukanlah bermaksud mereka mengesahkan yang mereka are back together betul? Melainkan mereka menyatakan hal ini secara sah, kita hanya boleh berharap bahawa mereka sudah kembali sebagai pasangan bercinta.

 

Brooklyn yang kini merupakan seorang pelajar fotografi di Parson’s School of Design berada di Dublin mungkin untuk menemani Chloë yang sedang sibuk menjalani sesi penggambaran untuk filem terbarunya , The Widow.

 

Dublin. You were amazing ❤️

A post shared by bb (@brooklynbeckham) on