fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Ella Ikon Rockstar Malaysia
GLAM Exposé: Menantu Hantu; Bermusuh Dengan Mertua Dan Mengongkong Pasangan
Senarai Trailer Dokumentari Fesyen Harus Tonton
Party Magnum Pink & Black
Mata Pasti Terpikat Dengan Tengku Fahd, Adinda Sultan Pahang
Home > Personaliti > COVID-19: Isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau Disahkan Positif

COVID-19: Isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau Disahkan Positif

Isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie Grégoire Trudeau telah diuji positif  virus Covid-19. Menurut kenyataan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri Kanada memberitahu Sophie Gregoire Trudeau baru sahaja pulang dari London baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/B9fcSjWAQ1L/

Sophie kemudiannya menunjukkan bahawa beliau mengalami simptom jangkitan sebelum dibawa menjalani saringan kesihatan dan disahkan positif virus berkenaan. Namun Justin Trudeau pula berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai simptom. Sebagai langkah berjaga-jaga, Justin akan menjalani kuarantin selama 14 hari.

https://www.instagram.com/p/B9rUnVngMct/

Sophie yang turut menjalani kuarantin selama 14 hari, dalam satu nota peribadi memaklumkan dia mengalami simptom jangkitan virus itu tetapi akan kembali sihat, tidak lama lagi.

Setakat Jumaat (13/03/2020), Kanada melaporkan 145 kes baharu COVID-19, dan satu kematian telah dicatatkan.

Sumber: Berita Harian

Baca: #Breaking News: Tom Hanks Dan Isteri Positif COVID-19