Disebabkan Komen Seorang Lelaki, Kylie Jenner Menyuntik Bibir
Selain daripada Kylie Lip Kits, bibir Kylie Jenner juga sering menjadi topik perbualan yang popular dalam kalangan netizen.

Jenner mengaku pada tahun lalu yang dia menyuntik bibirnya untuk menjadikannya lebih mungil dan seksi kerana dia tiada keyakinan diri terhadap bibirnya yang dahulu.
Baru-baru ini dalam satu episod daripada rancangan realitinya sendiri, Life of Kylie, Jenner meluahkan perasaannya mengenai sebab sebenar dia membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan untuk bibirnya.
Segalanya bermula kerana satu komen yang tidak patut dibuat oleh sesiapa sahaja pun.
“Saya berusia 15 tahun pada masa itu dan tidak yakin dengan rupa bibir saya. Bibir saya sangat kecil dan nipis. Pada masa itu saya dicium buat pertama kali oleh budak lelaki yang saya suka dan dia berkata, ‘Saya tidak menyangka awak hebat bercium kerana bibir awak sangat kecil,’ dan saya mengambil serius komen tersebut. Bayangkan lelaki yang anda suka berkata begitu kepada anda dan ia memberikan kesan kepada saya.”
Selepas komen itu dibuat, Jenner merasa lebih tidak yakin dengan kecantikannya walaupun dia sering menggunakan lip liner untuk membantu dirinya.
“Saya tidak merasakan diri saya cantik. Saya benar-benar mahukan bibir yang mungil. Saya akan menggunakan lip liner secara berlebihan untuk memberikan ilusi bibir lebih cantik. Kemudian saya akhirnya mencapai keputusan yang ini sahaja tidak cukup. Dan saya terus menyuntik bibir saya.”
Namun Jenner juga mengaku dia menjadi terlalu obses dengan prosedur itu sehinggakan dia telah melakukannya secara berlebihan.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
