fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“Fesyen ibarat mood swing” – Nina Nadira
Ini 6 Pertunangan Selebriti Terkenal Pilihan GLAM
GLAM Exposé: High Society Gets High(er) – Apabila Dadah Menjadi Pengganti Pil Perancang
“Datuk Sheila Majid adalah sumber inspirasi dalam mengorak langkah sebagai anak seni.” – Nadhira
GLAM #GirlSquad: Cristina, Nadia, Sharifah Amani & Ruzana
Home > Personaliti > Hubungan Putera Harry & William Semakin Tenat

Hubungan Putera Harry & William Semakin Tenat

Berdasarkan sumber Daily Mail, kenalan rapat kepada adik-beradik diraja itu memberitahu pergaduhan mereka semakin teruk. Semuanya bermula selepas Putera Harry mengumumkan ingin berundur daripada kerabat diraja England.

Putera William dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Harry dan Meghan mengendalikan pemergian mereka daripada keluarga diraja dan dia dikatakan “terhina dengan komen Harry.” William juga merasakan bahawa Harry tidak menghormati sistem monarki mereka dan Queen Elizabeth.

Selain itu, Harry juga dikatakan tidak gembira dan merasakan disisihkan oleh keluarganya sendiri. Dia juga merasakan Meghan tidak diterima dengan baik dan Harry juga percaya yang anaknya Archie telah diabaikan oleh The Firm.

Sebelum ini Putera Harry mengejutkan dunia dengan mengumumkan pengunduran mereka daripada ahli senior keluarga Diraja British. Meghan sebelum ini juga pernah berkata beliau sukar menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan mengakui bahawa beliau tidak ‘OK’ dalam temu bual mengenai peranan barunya sebagai royal mum. 

Semoga hubungan adik-beradik diraja ini kembali pulih kerana hubungan kekeluargaan tidak mudah untuk diputuskan.

Sumber: cosmopolitan.my

Baca lagi: Putera Harry dan Meghan Markle Umum Undur Dari Istana