Putera Harry dan Meghan Markle Umum Undur Dari Istana
Pasangan Diraja Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle mengejutkan dunia dengan pengumuman pengunduran mereka daripada ahli senior keluarga Diraja British. Pengumuman itu dilakukan di laman Instagram rasmi pasangan berkenaan pada hari Rabu.
Dalam pengumuman itu, pasangan itu memberi tahu ingin membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara serta tidak mahu bergantung pada kewangan Diraja sambil terus menyokong Baginda Ratu.
https://www.instagram.com/p/B7EaGS_Jpb9/
“We intend to step back as ‘senior’ members of the Royal Family and work to become financially independent, while continuing to fully support Her Majesty The Queen.”
Selepas pengumuman itu dikeluarkan, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan bahawa perbincangan dengan Harry dan Meghan berhubung isu itu masih berada di peringkat awal. Pasangan berkenaan adalah antara ahli paling kanan dalam keluarga Diraja British di samping Putera William dan Kate Middleton .
Sebelum ini Putera Harry mengambil tindakan undang-undang ke atas dua media iaitu Daily Mail dan Mail on Sunday serta dua lagi akhbar tabloid kerana menyebabkan Meghan mengalami tekanan emosi dan bersedih di atas layanan yang diterima daripada media British itu. Meghan sebelum ini juga pernah berkata beliau sukar menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan mengakui bahawa beliau tidak ‘OK’ dalam temu bual mengenai peranan barunya sebagai royal mum.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
