fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Warna Kulit Menjadi Pelaris Atikah Karim
Sembang Fesyen: Zery Zamry
Usaha Pelikan Untuk Mendedahkan Kanak-kanak Kepada Seni Melalui Pertandingan Mewarna
8 Wanita Menawan Yang Menjadi Tulang Belakang Pemain Bola Sepak Ternama
Wulan Guritno Hidupkan Watak Rina Penuh Konflik Dalam Filem Netflix Norma
Home > Personaliti > Jennifer Lawrence Bakal Hos MET Gala Tahun Hadapan

Jennifer Lawrence Bakal Hos MET Gala Tahun Hadapan

Costume Institute Gala Benefit celebrating the Punk: Chaos To Couture exhibition, Metropolitan Museum of Art, New York, America - 06 May 2013 Gambar: TPGVIP

 
Diumumkan bahawa pemenang Anugerah Oscar, Jennifer Lawrence bakal menjadi hos bersama Gong Li, CEO Yahoo! Marissa Mayer, Wendi Murdoch serta Anna Wintour untuk MET Gala tahun hadapan. Pemilihan aktres muda itu dilihat bakal membawa suatu kelainan serta nafas segar buat acara fesyen itu.
 
Setiap tahun, MET Gala mengangkat tema berlainan untuk diketengahkan. Tahun depan pula menyaksikan tema “Chinese Whispers: Tales of the East in Art, Film, and Fashion” menjadi taruhan. Ianya bertujuan untuk memahami dasar pandang ke Timur oleh orang Barat, bagi meneliti pengertian serta kefahaman mereka terhadap budaya Cina.