fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
UMMI NAZEERA
COVID-19: Miss England 2019 Gantung Gelaran Demi Khidmat Di Tanah Air
Glamor Di Karpet Merah Screen Actors Guild Awards 2020
Kolaborasi Anya Hindmarch dan Malaysia Airlines Berhad
Selebriti Yang Memeriahkan Paris Couture Week 2019
Home > Personaliti > Most GLAM 2018: Tunku Elana Khyra

Most GLAM 2018: Tunku Elana Khyra

Gambar Chuan Looi

Tunku Elana Khyra Binti Tunku Yaacob, 26, kini sibuk menerajui jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di MAA Group. Wanita ini juga bertanggungjawab untuk membuat pemasaran dan penjenamaan Pusat Tuisyen Kasturi. Dia banyak menjalankan kempen secara digital bagi menarik ramai pelajar untuk belajar di pusat tuisyen ini. “Pusat tuisyen ini banyak keistimewaan dan antaranya memberi ilmu bagaimana mahu menguruskan kewangan, persiapan untuk temu duga dan juga merancang masa depan.” Tahun ini juga Elana sibuk mempromosikan Vila Nagasutra di Bali dan rumah mereka di California. Wanita ini juga turut serta di dalam board of trustee Budimas. Dia bangga kerana anak-anak di Budimas semua sudah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, dan memperlihatkan progres dalam akademik dan juga sukan. Kanak-kanak Budimas terdiri daripada anak yatim piatu, ibu bapa berada di penjara atau gaji keluarga yang terlalu rendah untuk menanggung mereka. Elana juga aktif mengembara tahun ini dan antara destinasi kembaranya adalah Sepanyol, Amerika Syarikat, Laos, California, Indonesia, Vietnam, Korea, Portugal serta beberapa negara lagi.