Home > Personaliti > Mimpikita Kini Bukan Lagi Sekadar “Mimpi”
Mimpikita Kini Bukan Lagi Sekadar “Mimpi”
Mengusahakan perniagaan fesyen bersama adik-beradik bukanlah perkara mudah. Begitulah pengakuan Nurul dan Amirah Zulkifli dari Mimpikita.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM penulis MARINI MAT ZAIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan EZAD IBRAHIM & RAZZI MUSA
Bermula daripada minat, mereka tiga beradik termasuk Syahira nekad untuk membina empayar perniagaan sendiri. Berbekalkan semangat yang tinggi, Mimpikita telah mendapat tempat di tanah air lantas kini mahu melebarkan sayap ke luar negara.
Label ‘modest fashion’ Mimpikita kini sudah 15 tahun berada dalam industri fesyen. Bermula pada 2008 secara kecil-kecilan, mereka bermula menjual pakaian di atas talian. Nurul yang mendorong adik-adiknya untuk meneruskan perniagaan fesyen. Padahal mereka masing-masing belajar dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan.
“Ketika belajar di Australia, saya kagum dengan masyarakat di sana yang begitu menghargai pasaran tempatan. Saya buka laman blog dan menjual pakaian bersama Amirah dan Syahira. Kembali ke Malaysia kami jual apa sahaja barangan untuk mengumpul modal disamping mula mencari identiti Mimpikita,” ujar Nurul Zulkifli membuka bicara.
“Segala-galanya bermula apabila Nurul nekad untuk membawa Mimpikita lebih jauh. Dia memaksa kami melukis,” ujar Amirah ketawa. “Kami diberi sketch book. Tanpa bantahan, kami pula mengikut sahaja. Ketika itu kami menjual pakaian di atas talian dan menyertai bazaar pada setiap hujung minggu,” tambah Amirah lagi. Mereka tiga beradik mula memasang strategi selain membahagi-bahagi tugas. Sememangnya Mimpikita adalah peniagaan keluarga dari awal. Peringkat seterusnya mereka mahu Label ‘modest fashion’ Mimpikita mula dikenali ramai.
Mimpikita Bukan Lagi Mimpi
Pada awal penglibatan, mereka banyak menggunakan sumber luar. Namun selepas beberapa bulan, mereka mula mereka busana sendiri dan mencari tukang jahit berkemahiran. Pengalaman menyertai bazaar banyak mengajar mereka dalam berhati-hati memilih pakaian untuk dijual. Ternyata permintaan pelanggan tinggi. Mereka perlu menghasilkan rekaan sendiri yang lebih original. Begitulah Mimpikita belajar mengembangkan perniagaan. Mereka bermula dari bawah.APA SAHAJA LANGKAH KAMI MAHU AMBIL, SEMESTINYA MENDAPAT RESTU KELUARGA TERLEBIH DAHULU — MIMPIKITA
See Also
Sharifah Amani Ingin Berada Di Industri Perfileman Untuk Selamanya
Pereka Duo Rodarte Bakal Arah Filem
Hubungan Putera Harry & William Semakin Tenat
Ini Fakta Mengejutkan Tentang Mira Filzah, Jelitawan Dan Bintang Paling Popular 2019 Tengku Azura Ikon Supermodel Tanah Air
Pilihan Personaliti: Diyana Hazmi![]()
- Baca penuh GLAM Profil di edisi cetak Jan/Feb 2023.
Pautan Berkenaan: Jojo Struys Bermeditasi Untuk Keseimbangan Hidup
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
