Nabila Huda: “Saya Tak Kisah Pun Apa Orang Nak Cakap!”

Puteri sulung legenda rock tanah air, Amy Search, Nabila Huda sedikit pun tidak terkesan berada di bawah bayang bapanya. Malah, bintangnya bersinar terang dipersada pentas lakonan kerana bakat seninya yang semula jadi. Nabila berada dalam kelas tersendiri, setiap kritikan membentuknya menjadi pelakon yang lebih baik dari hari ke hari.

Penggambaran muka depan bersama Nabila Huda, 30, berlangsung lewat petang. Kami terpaksa akur dengan jadual lakonannya yang terlalu padat, namun amat berterima kasih kepada Nabila kerana sanggup pulang berkejaran dari Seremban ke Kuala Lumpur hanya untuk GLAM.
Malah, ibu kepada Keisha, sampai ke muka pintu studio dalam keadaan masih menyarung baju kurung kapas yang dipakainya terus dari set penggambaran.
Sudah 13 tahun Nabila berkecimpung dalam arena seni lakon. Nyata usahanya tidak sia-sia apabila Nabila Huda kini dikenali sebagai antara segelintir pelakon pelapis muda paling profilik di kaca televisyen hari ini.
Walau kini ada kebanjiran aktres muda yang lebih menjual rupa dari bakat, Nabila jelas muncul dalam kelas tersendiri. Lakonannya sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raganya disalurkan kepada watak yang diberi. Walau banyak kontroversi mencengkam, kehebatan Nabila sebagai pelakon tidak pernah disangsikan. Sambil disolek, Nabila bercerita mengenai drama-drama yang pernah dilakonkannya.
Nampaknya rezeki Nabila seakan tidak putus berdasarkan tawaran demi tawaran yang masuk seperti bertali arus. “Alhamdulillah atas kesemua peluang yang diberi. Saya sendiri suka mempelbagaikan watak dan suka melihat maklum balas peminat di media-media sosial seperti Twitter. Saya rasa puas kalau watak yang dibawa menjadi. Contohnya bila saya bawa watak antagonis, kalau peminat komen mengatakan karakter jahat itu menjadi, saya rasa gembira kerana usaha saya tidak sia-sia. Sampaikan bila orang jumpa saya diluar, mereka sering memberitahu yang saya seperti orang berbeza. Itu bermakna lakonan yang saya bawa berjaya membuatkan penonton larut dalam plot.”

Tambah Nabila, dia sebenarnya lebih senang membawa watak innocent. Katanya, lebih serasi dengan jiwa. Namun penonton-penonton lebih ingat pada Nabila yang kerap membawa karakter-karakter antagonis kerana kebetulan kebanyakannya ditayangkan di waktu primetime. Seloroh Nabila penuh lucu, “Letih tau bawa watak perempuan jahat. Kena cantik selalu, kena bersolek tebal, kena buat rambut… meletihkan! But it’s fun nonetheless. I’m loving every minute of it!”
Bapanya, Amy Search, semua orang kenal sebagai legenda rock tanahair. Nabila pula tiba tiba terjerumus dalam dunia seni lakon yang dia sendiri tak terfikir yang suatu hari nanti bakal menjadi takdirnya. Membesar disuluh limelight dunia glamor membuatkan Nabila tidak terkesan dengan setiap panca roba sebagai anak seni yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Saya sendiri tak sangka yang suatu hari nanti akan jadi pelakon. Papa sendiri pelik. Tapi sejak kali pertama saya cuba berlakon, saya jatuh cinta. Saya tak rasa yang saya akan meninggalkan dunia lakonan ini sampai bila-bila. Bukan kerana glamor, bukan sebab nak popular, bukan fasal wang. Berlakon membuatkan saya ‘hidup’ dan perasaan itu sukar untuk digambarkan. Dan saya selalu cabar diri sebagus mana lakonan saya boleh pergi.”
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
