Rakaman Audio Didedahkan, Bukti Johnny Depp Mangsa Keganasan Amber Heard
Baru-baru ini satu rakaman audio telah dikongsikan di Twitter dipercayai sebagai bukti keganasan aktres Amber Heard terhadap bekas suaminya, Johnny Depp. Ini telah membuktikan bahawa Depp tidak bersalah atas tuduhan mendera Heard.
Rakaman yang didedahkan secara eksklusif oleh Daily Mail UK diakui asli oleh peguam Depp, Adam Waldman di mana audio berkenaan sebenarnya dirakam pada tahun 2015 semasa dua jam sesi terapi pasangan selebriti itu.

Dalam rakaman berkenaan jelas didengari bahawa Heard memberitahu dia memukul Depp dalam satu kejadian yang berakhir dengan keganasan fizikal. Heard juga dikatakan turut membaling periuk dan pasu kepada Depp. Ini telah mengundang pertanyaan mengenai siapa sebenarnya mangsa keganasan dalam perkahwinan mereka.
Dalam rakaman berkenaan, Heard mengakui dia memukul Depp:
“I don’t know what the motion of my actual hand was, but you’re fine, I did not hurt you, I did not punch you, I was hitting you.”
Aktres filem Aquaman itu turut mengejek Depp dengan berkata:
“You are such a baby. Grow the f**k up Johnny.”
Kedengaran Heard berkata lagi:
“I can’t promise that it will all be perfect. I can’t promise you I won’t get physical again. God I f***ing sometimes I get so mad I lose it.”

Dalam perbualan rakaman berkenaan, kedengaran Depp bersikap tenang dalam melayan kemarahan Heard.
Pasangan berkenaan berkahwin pada Februari 2015 dan berpisah dua tahun kemudian. Tidak lama kemudian Amber tampil membuat pernyataan bahawa dia telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan membuatkan Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard.
#JusticeForJohnnyDepp dikatakan trending ketika rakaman itu didedahkan. Rata-rata peminat bersimpati terhadap nasib Depp kerana fitnah yang dilemparkan Heard kepadanya telah menyebabkan dia ‘digam’ oleh studio di Hollywood.
Bukan itu sahaja, reputasinya tercalar dan namanya turut digugurkan daripada filem Pirates Of The Caribbean bagi watak Captain Jack Sparrow. Anda boleh mendengar rakaman audio di bawah ini.
https://twitter.com/winonasrider/status/1223371981296455680
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
