Home > Uncategorized > “Saya lebih senang memilih hasil seni melalui skrip yang bagus.”- Nadiya Nisaa
“Saya lebih senang memilih hasil seni melalui skrip yang bagus.”- Nadiya Nisaa
Konsep & Penata Gaya:Cheah Wei Chun Clanhouseonline.com
Gambar: Bustamam Mokhtar
Dandanan: Olivia Ooi
Solekan: kf bong MENGGUNAKAN estee lauder
See Also
Penyelaras: AIZAT AIDID
Saat industri hiburan terutamanya lapangan seni lakonan dahagakan orang baru yang mempunyai bakat dan tidak hanya bergantung pada paras rupa, maka lahirlah satu bintang yang sinarnya cukup menyilau pandangan. Nadiya Nisaa boleh dikira bukan seperti pelakon wanita lain yang punya kecantikan dipuja melambung. Bagi saya dia ini bersifat eksentrik dan cantiknya bukan semua yang dapat hargai. Sudah menjadi satu bahan yang klise buat peminat dunia hiburan lokal memuji wanita berambut panjang berkepuk, berumur muda dan status bujang. Namun Nadiya adalah bintang yang bertentangan dengan semua itu. Apakah anda rasa diri anda cantik? “Sejujurnya, saya hanya punya perasaan yang diri ini cantik usai sahaja mandi. Ketika badan masih basah dan bersih tanpa palitan solekan membuatkan saya terus menghargai diri,” Nadiya Nisaa membuka bicara. Tambahnya lagi, dia sebenarnya akan rasa cantik jika dapat melakukan aktiviti senaman.
Nadiya Nisaa mula terkenal sejak watak Manis yang dilakonkan olehnya melalui filem Cun dianugerahkan dengan trofi Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-24 serta membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2011. “Sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk menjadi seorang pelakon. Namun, bapa saya tidak gemarkan anak-anaknya menyertai aktiviti hiburan. Pun begitu saya bersyukur kerana ibu rajin melayan karenah saya dan sanggup menjahit baju sekiranya saya ada persembahan di sekolah,” ceritanya lagi.
Dia juga memberitahu cita-citanya untuk mendalami dunia lakonan terpaksa dipendamkan dan memilih menekuni pengajian di dalam lapangan penyiaran dengan harapan sedikit-sebanyak dia dapat juga tempias dunia seni lakon.
Langkah pertama Nadiya dalam gelanggang seni lakonan adalah apabila dia memberanikan dirimengikuti sesi menguji bakat untuk menggantikan watak Wardina di dalam sitkom popular di NTV7, Spanar Jaya. “Tuhan kata itu bukanlah rezeki saya. Namun, dia membuka pintu lain yakni mendapat tawaran berlakon telemovie arahan Osman Ali yang ketika itu di antara pengarah muda yang cukup moden visinya. Dengan Nama Cinta adalah projek pertama saya bersama Osman Ali dan juga merupakan medium penting memperkenalkan saya kepada dunia lakonan. Saya cukup gembira kerana dapat berganding bersama Fasha Sandha dan Zizan Nin,” ujar Nadiya yang cukup berterima kasih kerana bakatnya dilihat oleh Osman Ali.
Satu persatu produk yang dibintangi oleh Nadiya Nisaa mula terjual dan dia menjadi rebutan produser. Antara yang menjadi momen penting dalam karier sebagai pelakon adalah ketika membintangi drama siri Adam dan Hawa. “Sekarang ini saya kurang beraksi dalam drama bersiri kerana, saya lihat stesen televisyen semacam ada satu trend menggunakan khidmat lakonan pelakon baru. Lihat sahaja sekarang ini hampir semua slot perdana dibintangi oleh pelakon baru. Mungkin stesen televisyen ini berasa terpanggil untuk membina karier seseorang pelakon melalui slot penting itu,” katanya. “Apa pun, saya lebih senang memilih hasil seni melalui skrip yang bagus dan tidak rasa bodoh melakonkan watak itu. Pelakon yang baik adalah mereka yang dapat memperbodohkan penonton melalui penghayatan karakter watak yang dipegang!” ujarnya menutup bicara.
Related Stories
12 RONA GINCU BUAT 12 KARAKTER
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
Model Hamil Di Atas Pentas Victoria’s Secret...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 21, 2017
27 Club: Bintang Terkenal Yang Mati Pada Usia 27
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 20, 2017
Nasib Seorang Gadis Yang Hidup Sebagai Doppelgäng...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Harg...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 08, 2017
Pembukaan Kiosk Terbesar Calvin Klein Watch + Jewe...
BY Ai Nazmi Norzaid
Dec 01, 2017
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dun...
BY Ai Nazmi Norzaid
Nov 23, 2017
Your Next Read
Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero
BY Nadia Zolkifli
Jan 31, 2018
GLAM Next Face 2018 – Voting!
BY Maria Hanim
Jan 30, 2018
Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan S...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 30, 2018
Kediaman – Simfoni Dekorasi
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Trend – Simbolisme Kesejahteraan & Keme...
BY Nadia Zolkifli
Jan 30, 2018
Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara
BY Marini MZ
Jan 30, 2018
GLAM Beauty Awards 2018
BY Harissa Qistina
Jan 29, 2018
Tatarias Wajah Paling Menawan Atas Karpet Merah Gr...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Seri Karpet Merah Grammy Awards 2018 Dengan Fesyen...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 29, 2018
Kediaman – Antik Metropolitan
BY Nadia Zolkifli
Jan 29, 2018
Koleksi Eksklusif Bernada Romantik Fendi Buat St. ...
BY yong sufia
Jan 26, 2018
Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status G...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busa...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Keunikan Gaya Jalanan Gadis Paris Sepanjang Paris ...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 26, 2018
Kim Kardashian Dan Kanye West Sudah Mula Merancang...
BY Ai Nazmi Norzaid
Jan 25, 2018
