Loading media...

Unable to load content
Jurugambar Lagenda, Bill Cunningham Meninggal Dunia
Top Model Lindsey Wixon Umumkan Persaraan
Senarai Penuh Pemenang GQ Men of The Year 2016
Amber Heard Bersuara Menentang Penderaan Wanita
Pengajaran Kepada Will Smith Apabila Willow Mencukur Rambutnya
Home > Uncategorized > Priyanka Chopra & Nick Jonas Bertunang Selepas Dua Bulan Bersama!

Priyanka Chopra & Nick Jonas Bertunang Selepas Dua Bulan Bersama!

GLAM mengucapkan tahniah kepada pasangan Priyanka Chopra & Nick Jonas atas pertunangan mereka baru-baru ini!

 

Sumber melaporkan kepada People bahawa Jonas telah melamar Chopra seminggu yang lalu sewaktu mereka berada di London untuk meraikan hari lahir Chopra yang ke-36.

 

Awal bulan ini Jonas dikatakan telah menutup butik Tiffany & Co. di New York untuk memberikan ruang dan privasi sambil dia memilih cincin pertunangan yang sesuai.

 

Sumber turut menyatakan Jonas merasa sangat bahagia dan dia amat serius tentang hubungannya bersama Chopra.

 


Berita ini juga mungkin sudah disahkan oleh Ali Abbas Zafar, pengarah kepada filem India Bharat yang sepatutnya dibintangi oleh Chopra sebelum dia mengumumkan aktres tersebut tidak akan mengambil bahagian dalam projek tersebut lagi.

 

Khabar angin tentang hubungan mereka bermula sejak Chopra dan Jonas membuat penampilan bersama di atas karpet merah Met Gala 2017. Laporan tersebar lagi pada bulan Mei tahun ini apabila pihak media mula perasan kedua-duanya meluangkan lebih banyak masa bersama. Sejak itu, mereka sering dilihat bersama tanpa gagal. Malah Jonas turut meneman Chopra ke India dan Eropah untuk menghadiri majlis perkahwinan teman-temannya di sana.

 

Gambar Gotham/GC Images

Chopra bertemu dengan keluarga Jonas pada bulan Jun tahun ini di sebuah majlis perkahwinan keluarga belah Jonas. Beberapa minggu selepas itu, Chopra memperkenalkan Jonas kepada ibunya, Madhu, pula di India. Perkahwinan mereka juga mungkin akan menyusul secepat yang mungkin kerana Chopra pernah menyatakan yang dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.