Selain rambut dan busana yang digaya, solekan memberi impak pertama. Raikan cinta dengan olahan kasih nan mesra.
Efek dramatik
Saiz bulu mata menjadi persoalan apabila kita berbicara tentangnya! Bulu mata panjang mega membuat anda serta merta seksi, Miley Cyrus sering membuktikan! Semasa memakai bulu mata palsu, jangan pandang terus ke cermin. Letakkan cermin solek di atas meja supaya anda boleh melihat ke bawah. Dengan ini, anda dapat melihat apa yang sedang anda lakukan, dan bulu mata palsu dapat diletakkan pada garisan yang tepat.
Hollywood Vibe
Melihat kepada solekan retro yang menakjubkan, Scarlett Johansson memang pemenangnya! Untuk solekan mata, asah celak hitam dan kemudian ketik hujung mata pensel dengan jari anda sebelum menggariskan pada garis bulu mata. Dekatkan celak mata pada akar dan lanjutkan ke luar satu inci suku. Angkatkan kening supaya mendapat efek kelopak mata rata agar tatarias pembayang mata lebih lancar. Lapiskan pelapik cecair untuk lebih intensiti. Untuk menambah twist pada wajah klasik ini, cuba gincu rona jingga atau merah. Usah lupa bawa gincu pilihan anda ke mana sahaja kerana gincu yang pudar memberi efek bibir yang kotor, not so sexy.
Percikan merah jambu
Sedikit pemerah pipi bertona merah jambu lembut dan padanan gincu merah jambu memberi isyarat ‘I’m not trying too hard’ namun tetap cantik. Miliki solekan seperti Jessica Biel, sapukan krim merah cerah pada pipi dan bibir dengan jari anda sehingga mencapai intensiti yang anda mahukan dan kemudian calit salap bibir ke bibir untuk mendapatkan kemasan berkilauan. Lentikkan bulu mata dengan pelentik mata, anda tidak perlu maskara untuk melakukannya!
Smokey biru
Smokey eyes bukan lagi hanya bayangan warna arang. Warna merak bergaya seperti biru, hijau dan ungu adalah cara helah segar untuk membuat mata anda lebih pop. Solekan Jessica Szohr menggunakan penggaris colbalt yang hanya digariskan pada bulu mata atas dan bawah anda dengan pensel lembut. Kemudian kotorkannya warna itu dengan kapas. Ia pantas memberikan efek smokey eyes, lebih mudah dan lebih cepat!
Satu fokus
Playful makeup on a date? Mengapa tidak! Beri definisi pada wajah dengan warna yang terang. Apabila mengoles rona berani seperti Maggie Gyllenhaal berbalas pemerah pipi warna tanah dan juga pembayang mata. Anda kelihatan menawan sekali tanpa perlu solekan yang berlebihan. Untuk olesan warna gincu lebih bold di siang hari, tidak kira ke pejabat atau bersantai, pastikan juga solekan lain tidak mempunyai intensiti yang sama. Maka fokus lebih ketara, anda makin seksi bergaya!
[soliloquy id="49241"]
[soliloquy slug="riasan-cinta-dalam-solekan-untuk-ke-temu-janji"]
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
