Pengalaman Gastro Epik Mesra Muslim di Western Australia
Palet – Trivia Warna Kemilau Permata
5 Online Shop Deko Lokal
Pilihan Kertas Dinding Berpersonaliti
GLAM DEKO SELEBRITI: DEANNA YUSOF

Ruang – Cara Mudah Ubah Suai Dapur

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dapur adalah jantung rumah anda. Ia boleh menjadi ruangan dengan pelbagai fungsi sama ada persiapan memasak, menjadi titik pertemuan perjumpaan keluarga serta ruang yang selesa untuk menjamu tetamu yang hadir ke rumah. Jika anda mencari langkah mudah untuk mengubah suai dapur, Cosentino berkongsi tip untuk mendapatkan rupa baru untuk dapur anda.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Let The Light In Cahaya matahari boleh membantu menjadikan ruang kecil tampak luas. Kecerahan dan kesan terapeutik waktu siang mampu membuat dapur anda tampak lebih menyerlah. Alukan kehadiran cahaya matahari di dapur serta membuka tetingkap bagi memberikan laluan pada angin segar. Cahaya semula jadi bukan sahaja membantu meningkatkan mood ceria malah membuatkan setiap permukaan kaca dan metalik lebih menonjol seterusnya menjadikan dapur tampak lebih luas.
4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse