Tingkatkan Pengalaman Beli Belah Di Lapangan Terbang Dengan #shopLAH
Ruang Makan Berkonsepkan ‘’AlFresco’’
Ruang – Cipta Ruang Persalinan Glamor
Laporan Maison & Objet Paris 2016
Elemen – Rekaan Optimisme Bulat
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Ruang – Generasi Udara Segar

Ruang – Generasi Udara Segar

Kipas siling KDK model K15YX-RBR

  Alami atmosfera udara segar di kediaman menerusi inovasi teknologi kipas siling KDK. Rekaan kontemporari kipas siling KDK mencipta alira udara selancar dan nyaman. Kipas siling KDK berfungsi menggunakan motor DC (direct current) untuk lebih penjimatan rebat tenaga sehingga 55 peratus untuk tempoh satu jam penggunaan. Rekaan bilah dengan kemasan warna coklat Matt sesuai menghuni kamar beradu atau ruang-ruang lain di kediaman.   TEKNOLOGI ALAM Pemasangan motor DC yang lebih kompak dan ringan menjadikan operasi kipas lebih senyap dan efisien berbanding motor AC. Bersifat hemat tenaga, kipas siling KDK turut memiliki sensor suhu mampu melaras kelajuan kipas menerusi fungsi automatik mengikut perubahan suhu semasa. Disepadukan teknologi tinggi 1/f yuragi, kipas siling KDK memberikan sensasi angin semula jadi untuk keselesaan optimum seisi penghuni.   MESRA ALAM DAN PENGGUNA Rekaan minimalis mengiringi gaya hidup serba moden, pengguna boleh mengawal 9 jenis kelajuan kipas menggunakan alat kawalan jauh dengan skrin LCD. Skrin LCD jelas memaparkan fungsi dan ciri-ciri program termasuk off-timer (1 hingga 8 jam) dan mod tidur (2 hingga 8 jam). Sensor on dan off dibina di pusat kipas untuk anda mengawal penggunaan semasa hanya di hujung jari. Direka bergaya dan elegan sama sekali sesuai untuk semua konsep hias dalaman kediaman.   Teks : Nadia Zolkifli