Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Laporan Maison & Objet Paris 2016
[soliloquy id=”46559″]
Pameran seni reka bentuk industri dan hias dalaman paling berprestij, Maison & Objet dilangsungkan di Paris Nord Villepinte. Terbahagi kepada tiga bahagian utama; MAISON yang menyediakan paparan dekorasi dan keperluan ruang dalaman, OBJET; yakni rangkaian produk-produk deko dan perhiasan ala gaya butik dan diikuti oleh LUXURY, DESIGN & INTERIOR DECORATION yang melibatkan nama-nama besar dalam industri dan menjadi rujukan para pereka bentuk dan arkitek ternama serta pemilik rangkaian hotel tersohor dunia. Tahun ini turut menyaksikan pelantar digital baru yang dilancarkan oleh Maison & Objet sebagai kemudahan penpamer mempersembahkan koleksi produk terbaru kepada pengunjung. Trend Watchers Berpegang kepada prinsip, “We are not trendsetters,” Francois Bernard, pereka bentuk dan penata gaya terkenal Perancis tampil memperlihatkan aliran terbaru yang menjadi penggerak industri reka bentuk dunia bagi Maison & Objet 2016. Dia mengatakan, tahun ini membawa teori trend amat jelas; yakni timbulnya idea dan inspirasi alam semulajadi. Berbekalkan teori ini, dia menata ruang menarik di dalam Dewan 7 yang diberi nama WILD. Berilhamkan oleh sifat liar alam semulajadi yang boleh disepadukan oleh pencinta dekorasi ke dalam sesebuah ruang atau rekaan. Dalam proses ‘menjinakkan’ sifat asal alam yang liar pelbagai ciptaan dan hasil kerja menarik menjadi realiti. “Di kota metropolitan ini, ramai masih ingin mendekati dan menghayati keindahan alam semulajadi. Justeru, konsep ‘liar’ ini diungkapkan secara tersirat melalui tata cara pereka bentuk tersendiri di dalam konteks moden hari ini,” ulas Francois. Talent Alert Dewan 7 turut mempamerkan barisan produk-produk hiasan dalaman termasuk koleksi lampu terkini, barang berunsurkan kemasan logam dan tembaga, rekaan kerusi bermacam ragam dan aksesori diperbuat daripada fabrik. Koleksi daripada enam pereka Scandinavian Rising Talents yang diterbangkan khas dari benua utara Eropah. Mereka ialah Farg & Blanche (Sweden), Katriina Nuutinen (Finland), Studio Kneip (Norway), Troels Flensted dan Jonas EDvard (Denmark) serta Kjartan Oskarsson (Iceland). Mereka ini dipilih khas oleh rata-rata penggiat industri reka bentuk dalaman serata dunia sebagai kumpulan perintis yang bakal melonjakkan prestij dunia reka bentuk ke tahap seterusnya. Pereka bentuk kerusi Masters bagi Kartell dan perantis, Phillipe Starck sempat berkongsi pendapat dan nasihat di ruang pamerannya ketika acara berlangsung. Designer of the Year Eugeni Quitllet dari Ibiza, Sepanyol telah dinobatkan sebagai Designer of the Year, Maison & Objet Paris tahun ini. Quitllet mempersembahkan reka bentuk lampu, The Dream Catcher; berinspirasikan kehidupan zaman kanak-kanak di perairan pantai Ibiza.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
