‘Lighter For Fall’ Gaya Rambut Musim Luruh Hailey Bieber
5 Pilihan Wangian Floral Wanita Terbaik Musim Panas 2026
Bijak Dan Menawan, Kenali Charmaine Chew Gadis Kelahiran Kedah Wakili Malaysia Di Miss International 2019
Laporan Cantik Di KLFW 2025
PrettySuci.com: Peneraju Hub kecantikan Halal Malaysia
Home > Cantik > Rutin Sihat Ramadan: Bagaimana Pilates & Yoga Menenangkan Minda Serta Menguatkan Tubuh

Rutin Sihat Ramadan: Bagaimana Pilates & Yoga Menenangkan Minda Serta Menguatkan Tubuh

Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan refleksi diri, ibadah dan detoksifikasi minda serta tubuh. Namun, berpuasa tidak bermakna anda perlu menghentikan rutin kecergasan sepenuhnya. Sebenarnya, senaman ringan seperti pilates dan yoga bukan sahaja sesuai, malah membantu mengekalkan tenaga, fleksibiliti dan kesejahteraan sepanjang hari.

Mengapa Pilates dan Yoga?

Kedua-dua latihan ini menumpukan pada pergerakan perlahan, kawalan pernafasan dan kestabilan core, menjadikannya sesuai untuk tubuh yang sedang berpuasa. Pilates meningkatkan kekuatan otot dan postur, manakala yoga membantu melegakan tekanan, meningkatkan peredaran darah serta menenangkan minda.

Tidak perlu sesi panjang, hanya 20–40 minit sebelum sahur atau selepas berbuka sudah memadai.

Tip Praktikal Untuk Senaman Selamat

  1. Pilih waktu yang sesuai: Waktu terbaik adalah selepas berbuka, apabila tubuh telah diisi dengan cecair dan nutrien. Jika anda ingin bersenam sebelum sahur, pastikan intensiti ringan untuk mengelakkan dehidrasi.

  2. Fokus pada pernafasan: Yoga dan pilates menekankan kawalan pernafasan. Teknik pernafasan yang betul bukan sahaja menenangkan minda, tetapi juga meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan.

  3. Gunakan peralatan minimum: Tikar yoga sudah memadai, pilates juga boleh dilakukan tanpa alat berat. Tambahan kecil seperti band elastik atau bola senaman boleh dijadikan pilihan.

  4. Dengar tubuh anda: Tubuh yang sedang berpuasa memerlukan perhatian khusus. Sekiranya terasa pening atau tidak larat, hentikan latihan dan rehat. Keselesaan adalah keutamaan.

Panduan Video Untuk Yoga & Pilates Di Rumah

  1. Yoga With Adriene – Yoga untuk beginners (20+ minit) klik di SINI.
  2. Yoga With Adriene – Sesi ringkas untuk beginners klik di SINI.
  3. Sarah Beth Yoga – 15 minit Yoga klik di SINI.
  4. Boho Beautiful Yoga – Morning Yoga Flow klik di SINI.
  5. Lottie Murphy – Pilates Reset klik di SINI.
  6. Pilates with Emma – Pilates for Core & Full Body klik di SINI.

Manfaat Jangka Panjang

Pilates Ramadan

Mengamalkan senaman ringan sepanjang Ramadan membantu mengekalkan metabolisma, memperbaiki postur dan meningkatkan mood. Tubuh juga menjadi lebih bertenaga untuk menghadapi aktiviti harian dan beribadah tanpa rasa letih melampau. Selain itu, latihan minda dan tubuh ini memberi ruang untuk refleksi diri yang lebih mendalam, sesuai dengan semangat Ramadan yang menekankan keseimbangan antara fizikal dan rohani.

Dengan pendekatan yang bijak dan konsisten, bulan puasa bukanlah halangan untuk kekal aktif. Pilates dan yoga bukan sahaja menyegarkan tubuh dan menenangkan jiwa, malah membantu memperbaiki postur, bonus tambahan untuk Raya nanti, supaya anda lebih yakin dan cantik ketika bergambar bersama keluarga dan yang tersayang.

Artikel berkaitan: Kenapa Senaman Kaki Penting Untuk Kesihatan Otak?