Related Stories
Sajian Sundown Istimewa Nobu Kuala Lumpur
Dengan lokasinya di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, yakni bersebelahan Menara Berkembar PETRONAS, Nobu sememangnya merupakan “the it place” buat makan malam mahupun tengah hari.
Pihak Nobu Kuala Lumpur menyajikan menu khas buat bulan indah ini. Bagi mereka yang inginkan alternatif bercitarasa tinggi buat iftar, restoran yang kian menjadi buah mulut orang ramai ini menyediakan Sundown Dinner khas buat bulan indah ini.
Menu istimewa ini menggabungkan kemahiran kulinari dan berbagai-bagai segi cara memasak. Ia diilhamkan khas oleh Chef Eksekutif mereka, yakni Chef Phillip Leong, di mana beliau merangkumkan bahan-bahan tempatan dalam menu yang bercirikan gaya signatur Jepun dan Peru. Setiap satu hidangan mempunyai rasa mewah bersama a dash of Malaysian flavours!
Berlatarkan pemandangan metropolitan yang dipenuhi cahaya neon dan lampu kota, pengunjung pertamanya akan disajikan Zenzai Platter iaitu buahan kurma, ikan salmon segar yang disalai bersama nasi rangup, cendawan shitake bersama daun kaduk besertakan ubi keledek bersama gula melaka. Menu lain yang turut dihidang ialah kari kambing miso bersama jeruk bawang dan labu panggang, di samping rice pudding yuzu yang dilazatkan lagi bersama ais krim kelapa dan gula melaka.
Menu yang merambangkan mata ini dilengkapkan dengan minuman punch laici yang direka khusus buat Sundown Dinner ini. Ia adalah campuran sirap ros, susu, sirap elderflower, jus laici dan tembikai bersama taburan bijirin chia. Sundown Dinner ini dihidangkan ala makan malam bersama keluarga di mana kesemua sajian lazat ini diletekkan di tengah meja dan dikongsikan beramai-ramai.
Rangkaian restoran Nobu sememangnya terkenal dengan bahan-bahan mereka yang segar belaka, terutamanya makanan laut. Antara bahan yang menajdi “bintang utama” menu tersebut ialah sashimi seperti Oshi Sushi dan Katsuo Ceviche, namun bagi tetamu restoran lima bintang itu yang tidak gemar akan ikan mentah, chef-chef di Nobu Kuala Lumpur memberikan pilihan lain buat mereka.
Menu Sundown Dinner disajikan dari 25th May hingga 29 June dan berharga RM435. Nobu Kuala Lumpur ternyata tidak pernah dan tidak akan mengkompromi kualiti mereka dan sehubungan itu mengambil palet pelanggan mereka dengan penuh passion. Bagi mereka yang idamkan menu iftar yang lain dari yang lain, Nobu Kuala Lumpur ialah jawapannya.
Nobu Kuala Lumpur Level 56, Menara 3, Petronas Persiaran, Kuala Lumpur City Center. Untuk tempahan hubungi +03-2164 5084 atau WhatsApp kepada 019-389 5085. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.noburestaurants.com/kuala-lumpur

See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 06, 2026
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
BY Syafiqah Alkaf
Mar 30, 2026
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
BY Amira Azman
Feb 11, 2023
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
BY Amira Azman
Feb 04, 2023
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
BY Amira Azman
Dec 28, 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
BY Siti Syahidah
Mar 02, 2021
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
BY Faizal Hadi
May 31, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026