Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Gambar : Jason Lee
[soliloquy id=”57783″]
Ceritakan mengenai Capello by Nina Outlet pertama Capello by Nina terletak di Seksyen 7, Shah Alam sebelum berkembang di Bangi, kemudian, Ampang. Atas permintaan ramai di bahagian Selatan dan Singapura, kami melebarkan sayap ke Johor Bharu. Tidak mempunyai apa-apa latar belakang mengenai dunia kecantikan dan rambut, tetapi saya adalah seorang avid saloon goers. I hardly wash my hair at home. Saya suka membuat hair treatment dan membelai rambut di salun. Dari situ, saya membuat market research dan percaya tidak ada lagi salun yang dikhususkan hanya untuk wanita. Malah, pendandan rambut kami juga adalah perempuan. Jadi, tidak ada lagi masalah aurat untuk wanita berhijab di Capello by Nina. Apakah konsep interior di Capello by Nina? Sama sekali berbeza dengan apa yang dibawakan oleh outlet Capello by Nina di Shah Alam dan Bangi yang didominasi earthy tone, coklat dan chrome. Di Ampang, auranya lebih edgy, muda dan bertenaga. Kami banyak bermain nuansa pastel seperti kuning, merah jambu dan coklat cair. Seni grafik pop art di setiap panel dinding di salun juga memberikan sentuhan unik. Kesemua outlet Capello by Nina termasuklah Peterana Kindergarten direka oleh Hafiz Osman, pemilik PO Design. Apakah kelainan yang dibawakan oleh Capello by Nina? Kami beroperasi seperti one stop centre. Selain rawatan rambut seperti cream bath, kami menawarkan servis kecantikan muka (facial), manicure pedicure, waxing dan body massage. Anda tidak perlu ke pusat kecantikan atau salun berbeza untuk mendapatkan rawatan kecantikan berbeza. Malah, bagi ibu yang membawa anak, ruang kanak-kanak, bilik rawatan peribadi sesuai untuk ibu menyusu dan surau disediakan. Kami juga menggunakan rangkaian produk bebas kimia, organik dan halal. Bagi rawatan rambut, kami mempercayai rangkaian produk Selective Professional daripada Itali yang merawat rambut terus hingga ke kulit kepala. Sangat bagus untuk mereka yang berhijab! Rutin kecantikan Nina? Percayalah saya seorang culas perihal kecantikan. Everything has to be simple and easy. Saya hanya pentingkan tiga produk asas; pencuci, penyegar (toner) dan pelembap muka. Saya juga pengamal jamu. Bukan dalam bentuk pil tetapi dibuat segar oleh ibu mertua saya. Malah, saya mengamalkan rawatan tradisional di rumah seperti campuran minyak kelapa dan minyak kastor untuk mendapatkan rambut lebat. Potongan rambut terbaik pernah anda lihat? Saya sukakan potongan rambut Blake Lively dan Shay Mitchel. Rambut mereka berombak, luscious dan mempunyai body. Cause my hair will be forever straight!Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
