Let’s Add Colours, Pertandingan Mewarna Eksklusif Untuk Kanak-Kanak Hanya Di Sunway Putra Hotel
GLAM Weddings: A Celestial Love Story Antara Syafiqah & Amri
Longines Conquest 2025 Kini Dalam Saiz Harian Nan Elegan
Bell & Ross Membuka Butik Terkini Di The Exchange TRX
GLAM DEKO Februari/Mac 2014
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Seamaster Olimpik Tokyo 2020

Seamaster Olimpik Tokyo 2020

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

OMEGA merangkap penjaga masa rasmi membentangkan tiga model Seamaster terbaru bagi mendukung temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Seramai 11,326 orang atlet dari tujuh benua dunia hadir di temasya sukan Olimpik Tokyo. Kembali untuk kali yang ke-29, OMEGA memerankan tanggungjawabnya sebagai Penjaga Masa Rasmi Sukan Olimpik; sejak  Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1932. Berpunya pengalaman selama 90 tahun, OMEGA meneliti ketepatan rakaman masa serta pembacaan mata buat 339 acara untuk 33 jenis sukan yang dipertaruhkan. Kecekapan serta kepantasan pencatatan masa yang paling teknikal ini memerlukan 4000 tan kelengkapan serta peralatan canggih, langsung mencatatkan acara terbesar OMEGA setakat ini. Selain, bertanggungjawab untuk mengawasi pecahan masa setiap acara, OMEGA turut sama membentangkan tiga jam tangan terbaru untuk memperingati temasya sukan berprestij ini. Barisan model Seamaster menjadi pilihan OMEGA, secara tidak langsung membayangi kepakaran terbaru rumah arloji ini di dalam mengolahkan model jam tangan yang ternyata gemilang.
Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse