Loading media...

Unable to load content
Putera Harry Memerlukan “Slip Kebenaran” Untuk Berkahwin Dengan Meghan Markle
Pereka Fesyen Ternama Penuhi Front Row Victoria’s Secret 2016!
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Digital Perniagaan Islamik
Nabila Huda In Tokyo: New Adventures New Man
Princess Leia a.k.a Carrie Fisher Meninggal Dunia
Home > Uncategorized > Sebuah Muzium Baru Di Paris Akan Didedikasikan Kepada Fesyen

Sebuah Muzium Baru Di Paris Akan Didedikasikan Kepada Fesyen

Kapital kepada dunia fesyen, Paris akhirnya akan dikurniakan dengan sebuah muzium yang didedikasikan untuk fesyen sahaja dengan bantuan rumah fesyen terkenal Paris sendiri, Chanel. 

 

Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo telah membuat keputusan untuk mewujudkan ruang pameran kekal di Palais Galliera.

 

Palais Galliera

Dengan kerjasama bandar Paris bersama Maison de Chanel, rumah fesyen tersebut akan menyumbangkan sebanyak €5.7 juta euro untuk projek ini yang dijangka bakal siap pada tahun 2019 dan akan dinamakan “The Gabrielle Chanel Rooms.”

 

Buat masa ini, Palais Galliera sudah pun dianggap sebagai satu-satunya Fashion Museum of Paris tetapi mereka hanya mengadakan pameran untuk waktu yang terhad sahaja.

 

Dengan projek baru ini, kawasan seluas 7,211 meter persegi ini bakal menawarkan ruang yang akan dibuka sepanjang tahun yang menampilkan sejarah fesyen daripada kurun ke 18 hingga la sekarang kepada khalayak umum.

 

Pameran Azzedine Alaïa
Foto: Pierre Antoine

Presiden Chanel Fashion Bruno Pavlovsky juga menyatakan mereka merasakan inisiatif ini merupakan sebahagian daripada misi mereka untuk menghidupkan sejarah fesyen.