Gemma Ward Perjelas Sebab Dia Berehat Dari Dunia Peragaan
Bella Hadid Menitiskan Air Mata Di Pertunjukan Fesyen
Projek Baru Selena Gomez Bersama Netflix Mempunyai 13 Sebab
2 Pengarah Kreatif Rumah Fesyen Courrèges Berhenti
Album 4:44 Oleh Jay-Z Menceritakan Kisah Curangnya Terhadap Beyoncé
Home > Uncategorized > Serena Williams Is Pregnant!

Serena Williams Is Pregnant!

Pemain tenis nombor dua dunia dan teman baik/penari latar Beyoncé, Serena Williams telah mengumumkan yang dia kini sedang hamil dengan cahaya mata pertamanya bersama tunangnya Alexis Ohanian, pengasas bersama laman sesawang popular Reddit.

 

Williams mengumumkan berita gembira ini melalui Snapchat yang dikongsikannya yang menampilkan atlet tersebut dalam pakaian renang berwarna kuning terang yang menampilkan bonggol kandungannya bersama kapsyen “20 weeks.

 

Serena Williams memenangi Australian Open 2017
Foto: Chaz Niell

Melalui pengumuman ini juga peminat-peminat Williams mula menyedari satu perkara yang penting. Pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali itu hamil ketika dia memenangi Australia Open pada Januari yang lalu.

 

Hubungan Roberts dan Ohanian berputik pada tahun 2015 dan telah bertunang di Rome pada tahun lepas.

 

Foto: Snapchat/Serena Williams