Syurga Elegan Terbaru Giorgio Armani Di TRX
Millennial It-Girl: Aina Syahirah
Selamat Bersalin Anak Perempuan, Che Puan Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Ibu
Pereka Mendiskriminasi Ashley Graham Kerana Badannya
Natalia Vodianova, Face of World Cup, Memegun Orang Ramai di Moscow

3 Sneakers Pilihan GLAM Untuk Gaya Street Style Anda!

Sneakers menjadi pilihan wanita masa kini sebagai pelengkap gaya harian mereka. Anda pula bagaimana?

Ramai wanita hari ini memilih untuk menggayakan sneakers sebagai pelengkap gaya harian mereka. Paling penting, ianya selesa serta boleh digayakan bersama apa jua busana membuatkan kasut antara wardrobe staples wanita masa kini. Maka, membelanjakan wang untuk pilihan kasut yang betul adalah satu pilihan yang tepat! Sukakan sesuatu yang kasual dan sesuai disarung untuk gaya harian? We’ve got you. 

Gambar: Getty Images

Bintang sensasi K-Pop seperti Jennie daripada kumpulan BLACKPINK adalah antara penggemar sneakers. Sering menggayakan jenama Adidas setiap kali ke latihan konsert jelajah dunia mereka. Idola fesyen, Hailey Baldwin, juga popular dengan gaya “cool girl” pernah menyarungkan New Balance 9060 dan 550. Manakala, Gigi Hadid baru-baru ini dilihat menggayakan Adidas Samba kala off-day nya. 

3 sneakers pilihan GLAM untuk gaya harian anda! 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Louis Vuitton LV Archlight 2.0

Pelancaran pertama LV Archlight adalah pada tahun 2018 langsung mengangkat revolusi sneakers pada tahun itu. Hadir dalam rekaan avant-garde dengan gayanya yang tersendiri. Cukup futuristik dengan rekaan tapak getah berlekuk dan bersaiz besar, membuatkan jenama ini kembali meraikan siri kedua sempena 5 tahun pelancaran model ini. Tahun ini, anda akan melihat koleksi LV Archlight 2.0 dengan material raddia, guipure lace, getah baharu dan pelbagai lagi. 

  Pautan Berkaitan: Inspirasi Suai Padan Sneakers        
3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse