Tambah Tas Tangan Jenama Lokal Ini Dalam Koleksi Kamu!
GLAM kongsikan rangkaian beg tangan pilihan daripada jenama lokal yang berkualiti, sambil mengekalkan estetika stylish dan feminin dalam setiap rekaan.
Tas tangan sering menjadi pelengkap busana atau keperluan untuk menyempurnakan gaya harian. Ia menggabungkan fungsi praktikal dengan sentuhan estetika yang mencerminkan personaliti si pemakai. Banyak jenama lokal Malaysia menghadirkan tas tangan chic dengan craftsmanship berkualiti tinggi serta sentuhan luxe yang tersendiri. Daripada rekaan minimalis berjiwa quiet luxury hingga statement piece yang artistik, pilihan ini membuktikan bahawa gaya feminin kini lebih berani dan berevolusi. GLAM Malaysia himpunkan tujuh nama lokal yang menjadi pilihan utama pencinta beg.
Ini 7 jenama beg lokal Malaysia yang wajib ada dalam radar anda!
1. INREA
Dikenali dengan rekaan moden yang sleek, INREA mengetengahkan siluet feminin bersama sentuhan minimal. Lebih daripada sekadar aksesori, ia menggabungkan fesyen bersama personaliti. Tas tangan mereka menjadi kegemaran para IT girls, terutamanya dengan rona sofistikated seperti coklat gelap dan krim. Selain itu, INREA turut memperkenalkan koleksi bag bercorak leopard yang berani, sempurna untuk mereka yang ingin tampil dengan statement piece dalam busana harian. Bersama koleksi terkini, Rema direka sebagai tas tangan yang kukuh tetapi tetap mengekalkan aura chic.
2. Nelissa Hilman
Sinonim dengan estetika romantis dan lembut, Nelissa Hilman membawa elemen feminin klasik dalam interpretasi moden. Sering tampil dengan koleksi tas tangan berkualiti tinggi yang muat pelbagai barangan harian, ia menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan tas tangan kukuh dan bergaya. Koleksi seperti Wrapt01 dan NS01 turut menghadirkan pilihan rona sofistikated bersama pop of colour seperti Olive Green dan Grey. Diperbuat daripada bahan eksklusif seperti suede dan kulit mikrofas lembut, ia direka khas untuk wanita moden. Sesuai untuk menyokong rutin harian anda yang penuh gaya dan praktikal.
3. HARI
HARI menjadi kelainan di landskap fesyen Malaysia apabila ia menggabungkan elemen seni dan fungsi. Ia tampil dengan rekaan yang unik dan setiap tas tangan terasa seperti karya seni yang boleh digalas. Bersama koleksi terbaru mereka, Nuk, ia menampilkan rekaan plaid yang berani dan sesuai dijadikan statement piece untuk menyerlahkan gaya harian anda. Ia ideal untuk wanita moden yang menginginkan beg tangan yang feminin namun tetap sarat dengan karakter.
4.Brik
Brik, sebuah jenama lokal Malaysia yang dikenali dengan rekaan tas tangan berstruktur kemas dan material yang berkualiti, mencerminkan gaya moden yang refined. Menerusi koleksi terbaru mereka iaitu Everbloom yang mempersembahkan beberapa pilihan, ia memancarkan aura elegan bersama rekaan feminin. Ia turut bertambah istimewa apabila setiap beg tangan mereka dihasilkan daripada material velvet suede dan disempurnakan dengan sulaman lukisan tangan eksklusif.
5. SAOI
SAOI terus mencuri perhatian menerusi koleksi terbaru mereka, Soirée, yang meraikan sisi feminin dengan sentuhan elegan dan artistik. Mereka sering menjadi pilihan wanita moden kerana rangkaian beg tangan yang elegan namun praktikal. Koleksi ini hadir dengan rona sofistikated seperti rich burgundy dan coklat, sambil menawarkan pilihan pastel seperti baby blue untuk pencinta gaya lebih lembut. Perincian teliti seperti detachable sling dan siluet sleek menjadikan beg ini efisien namun tetap chic.View this post on InstagramA post shared by Saoi (@saoi.my)
See Also
Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia Yang Dinamik!
Spotted! Tas Tangan Mewah Pilihan Wanita Berpengaruh
Menyelusuri Berlian Mewah Tiffany & Co
Bual Bicara GLAM Bersama Michael Meier of Oris
Attention Working Mums! Rujuk Stail Victoria Beckham Untuk Musim Perayaan
Kolaborasi Terbaru Edisi Terhad Tiffany & Co. Ibarat Seni![]()
6. MUI
MUI membawa pendekatan kontemporari dengan bentuk yang lebih berani bersama rekaan beg tangannya. Ia sesuai untuk wanita yang ingin tampil minimal tetapi tetap memancarkan karakter tersendiri. Seiring pelancaran koleksi berjudul Maya, ia menandakan rekaan pertama yang menampilkan inisial M baharu MUI, sebuah emblem halus yang direka untuk mewakili jenama itu dalam bentuk paling murni. Mempunyai pelbagai cara untuk digayakan, Maya menjadi pendamping sempurna buat anda.
7. Nazifi Nasri
Nazifi Nasri sering menampilkan elemen struktur dan sentuhan halus dalam setiap rangkaian beg tangannya. Di sebalik koleksi sempena Aidilfitri, Raya in Pochette mempersembahkan rekaan versatil yang mudah digayakan untuk pelbagai majlis dan suasana. Fokus utama koleksi ini ialah pada reka bentuk struktur yang kemas dan kemasan halus, termasuk pilihan rupa bentuk yang sleek, memberikan fleksibiliti gaya sama ada digalas sebagai clutch, crossbody atau di bahu. Selain itu, koleksi ini hadir dalam tona warna yang menarik. Daripada warna neutral yang klasik hingga tona lebih berani, ia menjadi aksesori yang menambah karakter pada busana raya anda. Artikel Berkaitan: The New Chanel It-Bag yang Bakal Menjadi Rebutan Tahun Ini
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
