Wajah Glam: Zaida Ibrahim
Wajah Kempen Natalia Vodianova
Marisa Soraya Sah Bergelar Isteri Tunku Khairul Zaim
Perpisahan Berganti Kemewahan: 10 Penceraian Golongan Elit Yang Mengejutkan
‘Saya Tidak Dapat Menahan Air Mata…Namun Ia Tangisan Kegembiraan…’ Rihana Petra Tetap Bersyukur Walaupun Diceraikan
Home > Personaliti > “Tanggal Hijab, Then The Contract Is Yours” – Yuna Dedah Pengalaman Awal Mencipta Nama

“Tanggal Hijab, Then The Contract Is Yours” – Yuna Dedah Pengalaman Awal Mencipta Nama

Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi kelahiran tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna. Bercakap tentang pencapaiannya, pasti kita semua berbangga dengannya, apatah lagi pasti bukan mudah memahat populariti terutama sekali apabila berhijab. Berkongsi suka duka kehidupannya sebagai seorang artis Muslim bertudung di US, keraian Hari Hijab Sedunia yang diraikan pada 1 Februari lepas, Yuna berkongsi pengalaman dirinya yang pernah diminta untuk menanggalkan hijabnya demi kontrak. Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Yuna mendedahkan dirinya pernah diminta untuk membuka hijab ketika hampir menandatangani kontrak dengan satu label muzik di negara itu. “Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang meminta saya untuk menunjukkan sebahagian tubuh iaitu bahu dan lutut ketika sesi fotografi dijalankan. Namun saya tetap dengan pendirian!” https://www.instagram.com/p/B8CPG4oB2dw/ Namun begitu, Yuna akui dia bersyukur kerana situasi dilaluinya kini sudah berubah sebagai seorang wanita berhijab. “Alhamdulilah, semuanya sudah berubah. Malah, saya gembira melihat ramai teman saya yang berhijab kini diterima baik dari segi penampilan mereka. Mereka juga dapat melakukan apa saja yang diinginkan dengan bebas dan pada masa terus mengekalkan identiti mereka dengan berhijab,” katanya. Foto: Instagram @yuna