Metalik & Kuku Pendek, Ini Trend Manicure Tahun 2024 Mesti Anda Tahu
Tahun baru, segalanya tentang diri juga haruslah baharu! Azam kami adalah untuk mencuba gaya manicure yang lebih fresh berbanding tahun sebelumnya!
Setiap kali tahun baru menjengah, pasti akan hadir sekali dengan azam hidup yang baharu. Bagai menghirup udara yang baru, semuanya seperti ingin di restart semula. Mungkin bukan ingin mengubah diri, namun mahu menjadi yang lebih baik berbanding sebelum ini. Ini termasuklah daripada segi gaya hidup, pemilihan fesyen yang lebih ‘kena’ dengan personaliti diri serta pelbagai lagi.
Saya pernah bertanyakan pada teman-teman, apakah azam tahun baharu mereka? “Sebagai permulaan, I hendak mendapatkan gaya rambut yang baru serta manicure yang lebih segar!”, “I pula nak mencuba gaya yang lain daripada yang lain!”
Berbicara tentang manicure, kami yakin semua wanita di luar sana sukakan rawatan ini. Ada yang sudah menjadikan ia sebagai rutin bulanan untuk memastikan kuku kekal cantik, bersih dan terjaga rapi. Namun, buat yang gemar bereksperimen dengan nail arts, sudah pasti bosan memikirkan gaya apa lagi yang boleh di cuba buat kuku mereka, bukan?
Stay tune, GLAM bakal mencedok dan merumuskan antara trend manicure yang bakal trending tahun 2024 berdasarkan kata-kata pakar kuku antarabangsa.
Ini Rahsia Kecantikan Kulit Sihat Seperti Hailey Bieber
CHANEL 31 LE ROUGE Simbolik Feminin
Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Kulit
Solekan Segar Tahun Baru
Protected: Alami Gigi Putih Berseri Dengan Colgate Optic White FlexLight LED Kit
Edisi Lebaran: GLAM Beauty Club X Lancome Bersama Ady Razak
Nafas Baru: Trend Manicure Kuku Pendek, Metalik, French Manicure…
Menerusi satu temu bual bersama pakar kuku juga duta global OPI, Iram Shelton, yang berkongsi dengan Who What Wear, bahawa kuku pendek berpetak bakal menjadi pilihan ramai untuk tahun 2024? Ya, tiada lagi trend kuku panjang mendominasi dunia manicure. Kali ini tampil lebih bersih dan memberi definisi potongan kuku yang lebih kemas, minimal dan klasik. Malah, kuku pendek ini sebenarnya menyuntik karakter ‘old-money look‘ pada keseluruhan gaya si pemakai. Tidak dilupakan, riasan french manicure turut mendominasi dunia kuku tahun ini. Ia tidak akan pernah lupus daripada trend saban tahun, namun tekniknya ada sedikit berbeza berbanding biasa untuk tahun 2024 ini. Ramai yang menjangkakan trend yang lebih kreatif untuk nail art gaya klasik ini. Buat yang sukakan kuku penuh statement, anda boleh mencuba gaya metalik buat gaya terbaru anda tahun ini. Bukan sekadar metalik biasa, palet metalik yang bermain dengan rona perak berkemilau ini banyak menjadi pilihan generasi muda kini. Selitkan gaya 3D, berikan kemasan yang lebih dinamik, pasti segalanya tampak lain yang lain untuk kuku anda!Idea Nail Arts Untuk Manicure Anda Tahun 2024 Ini
#1 Glazed Donut French Manicure
Gambar: Pinterest
#2 “Old-Money” Short Nails
Gambar: Pinterest
#3 Metalik 3D
Gambar: Pinterest
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
