fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
PANTONE Mengumumkan Colour of The Year Untuk 2017
Mariah Carey Berpisah Dengan Teman Lelakinya Angkara Cemburu
David Bowie Meninggal Dunia
Minggu Fesyen Malaysia Dilancarkan di Paris
Ariana Grande Mengkritik Taylor Swift Kerana Terus Membisu?
Home > Uncategorized > Erika Bearman ‘OscarPRGirl’ Kini Perunding Di Oscar De La Renta

Erika Bearman ‘OscarPRGirl’ Kini Perunding Di Oscar De La Renta

Oleh: Mujahid Saddam

 

Erika BearmanErika Bearman di Majlis Makan Malam Tahunan New Yorkers For Children. (Gambar: TPGVIP)

 
Erika Bearman atau lebih dikenali di laman sosial sebagai OscarPRGirl yang merupakan Naib Presiden Kanan Komunikasi Global bagi Oscar De La Renta kini beralih menjadi penasihat kepada label itu.
 
Bearmen yang telah berkhidmat sejak tahun 2008 di rumah fesyen itu kini bertindak sebagai perunding komunikasi serta penjenamaan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif jenama itu, Alex Bolen, Bearman sememangnya telah duduk berbincang dengannya mengenai transisi peranannya itu.
 
Bolen turut menambah bahawa laman OscarPRGirl akan diuruskan oleh pasukan yang terdahulunya diterajui oleh Bearman serta pada masa yang sama, rumah fesyen itu sedang mencari Ketua Komunikasi baru.
 
Populariti Erika Bearman melonjak menerusi laman sosial OscarPRGirl dengan sebanyak 542 ribu pengikut Instagram serta 328 ribu pengikut di laman Twitter. Dia bertanggungjawab melaporkan secara eksklusif dari rumah fesyen itu.