fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Intai Dunia Fesyen Dari Mata Dior
Ellen DeGeneres Diberi Penghormatan Oleh Presiden
Pengajaran Kepada Will Smith Apabila Willow Mencukur Rambutnya
Princess Leia a.k.a Carrie Fisher Meninggal Dunia
Elsa Hosk Angel Baru Victoria’s Secret
Home > Uncategorized > Hubungan Taylor Swift dan Joe Alwyn Semakin Ekslusif

Hubungan Taylor Swift dan Joe Alwyn Semakin Ekslusif

Foto: Phil McCarten/UPI Photo

Beberapa minggu yang lalu tabloid British The Sun melaporkan Taylor Swift sudah pun memulakan kisah cinta baru dengan seorang pelakon British, Joe Alwyn. Mereka juga turut melaporkan yang Swift sering membuat lawatan ke London sambil menyamar untuk bertemu dengan Alwyn.

 

Now it seems like hubungan mereka sudah pun disahkan apabila lensa kamera The Daily Mail berjaya menangkap detik manis antara Swift dan Alwyn di tempat kelahiran penyanyi tersebut Nashville!

Dalam foto-foto tersebut mereka boleh dilihat sedang menikmati kopi dan meluangkan masa mereka dengan berbual pada hari Sabtu yang lalu. The Daily Mail juga menyatakan yang mereka kelihatan sangat menyukai antara satu sama lain.

 

Sebelum ini sumber-sumber menyatakan bahawa hubungan pasangan ini benar-benar serius dan maklumat ini disahkan lagi dengan laporan daripada E! News yang menyatakan hubungan Swift dan Alwyn sudah pun menjadi ekslusif apabila dia memperkenalkan Alwyn kepada ahli squadnya seperti Gigi Hadid, Selena Gomez, dan beberapa lagi orang teman rapat Swift.

 

Menurut satu sumber juga, “Perkara ini menjadi satu rahsia hanya kepada pihak media kerana kami — teman dan keluarga rapat Taylor dan Joe — sudah tahu yang mereka sudah bersama untuk beberapa bulan dan mereka juga sudah mengenali antara satu sama lain dalam jangka masa yang panjang.”

 

This is so cute and exciting!