fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Fazura Sudah Mendapat Restu Keluarga Fattah Amin?
Kolaborasi Eksklusif Laverne Cox dan Beyoncé
Katie Holmes Sudah Tidak Single Lagi Selepas 5 Tahun Bercerai
GLAM Deko Promosi – Menangi Meja Marmar tajaan Home Vibes Malaysia
Adam Levine Batal Konsert Maroon 5 Demi Behati
Home > Uncategorized > Wonder Woman Mendominasi Dunia Dengan RM951 juta

Wonder Woman Mendominasi Dunia Dengan RM951 juta

Filem baru Wonder Woman arahan Patty Jenkins dan dibintangi oleh Gal Gadot, secara rasminya menjadi filem oleh pengarah wanita dengan kutipan tertinggi untuk minggu pertamanya di peringkat global dengan jumlah $223 juta (RM951 juta).

 

Patty Jenkins dan Gal Gadot di set penggambaran Wonder Woman.
Foto: LMKMEDIA

Ini juga merupakan kutipan tertinggi untuk filem adiwira yang menampilkan adiwira wanita yang sekaligus menundukkan filem yang didominasi oleh adiwira lelaki seperti Iron Man dan Thor.

 

“Ini membuktikan bahawa filem adiwira bukan sahaja mengenai lelaki. Ia juga mengenai wanita,” nyata ketua pengedaran Warner Bros., Jeff Goldstein.

 

Wonder Woman juga merupakan francais adiwira wanita pertama Warner Bros. sejak Catwoman dan Elektra tidak mendapat sambutan yang mengalakkan sebelum ini.

 

“Visi Patty telah memegun para penonton. Dia sememangnya berbakat. Jelas sekali filem ini bergema dengan peminat filem di peringkat global. Saya pasti kita akan berpeluang menyaksikan Diana di layar perak lebih banyak lagi.”

 

Filem ini telah meraih sebanyak $100.5 juta untuk tayangan domestik dan $233 juta ($38 juta di China sahaja) untuk pasaran global.