fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
GLAM PROMOSI – NOV 2016
Paris Jackson Opens Up Akan Saiz Badannya
Quvenzhane Wallis Wajah Baru Armani Junior Spring/Summer 2015
Emosi Tegang Lakonan Ain Edruce dan Miller Khan
Bobbi Brown Akan Meninggalkan Bobbi Brown
Home > Uncategorized > Kristen Stewart Bawa Watak Coco Chanel

Kristen Stewart Bawa Watak Coco Chanel

Oleh: Mujahid Saddam

 

KristenStewart1Kristen Stewart di tayangan perdana American Ultra. (Gambar: TPGVIP)

 
Sememangnya hubungan akrab antara Kristen Stewart dan rumah fesyen Chanel bukanlah rahsia apabila aktres itu sering menjadi pilihan wajah kempen serta kerap menghadiri pertunjukan fesyen label itu termasuklah pentas Couture Musim Luruh 2015 baru-baru ini.
 
Kini dilaporkan bahawa aktres itu bakal muncul dengan sebuah filem pendek arahan Karl Lagerfeld yang telah pun selesai penggambarannya bulan lalu. Stewart membawakan watak sebagai Coco Chanel  ketika muda manakala Geraldine Chaplin yang pernah membawa watak sama sebelum ini turut  terlibat dalam filem itu.
 
Filem itu bakal ditontonkan pada pentas Chanel Metiers d’Arts yang dijadualkan di Kota Rome, Disember nanti.