Lady Gaga Menyekolahkan Piers Morgan di Twitter

The Fashion Awards 2016

 

Lady Gaga baru-baru ini  menyatakan bahawa dia masih bertarung dengan PTSD yang disebabkan oleh pengalaman buruk yang dialaminya semasa beliau berumur 19 tahun. Madonna juga menceritakan pengalaman pahitnya semasa pertama kali datang ke New York semasa memberi ucapan untuk anugerahnya sebagai ‘Women of The Year’ di Billboard’s Women in Music 2016 awal minggu ini.

 

Tetapi bukan semua orang menunjukkan sokongan mereka kepada dua orang artis ternama ini, antaranya adalah Piers Morgan pengacara berkontroversi, internet troll dan musuh ketat Chrissy Teigen.

 

Individu yang bermoral pasti akan memberi sokongan kepada Lady Gaga dan Madonna selepas kisha mereka yang pahit tersebut, tetapi Piers Morgan pula menyuarakan kesangsiannya terhadap dua wanita tersebut.

 

 

 

Lady Gaga akhirnya bersuara tapi bukan seperti yang kita sangkakan. Pendekatan yang digunakan Lady Gaga sangat diplomatik dan penuh kelas (pada pendapat kami).

 

 

 

 

Sejurus itu Piers menyatakan hajatnya untuk menemu bual Lady Gaga untuk rancangannya.

 

 

Bila agaknya Piers akan berubah?

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid

 

POST A COMMENT