fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Kylie Jenner Memberikan Dress MET Gala Pertamanya Kepada Kembarnya
Charlize Theron Ditemu Bual Peter Lindbergh Di Set Penggambaran J’adore
Apakah Gelaran Rasmi Meghan Markle Sebagai “Puteri” Terbaru United Kingdom?
North West Duduk Di Baris Hadapan Pentas Balenciaga
Ucapan Kate Middleton Yang Menyentuh Perasaan
Home > Uncategorized > Perlindungan 24/7 Buat Meghan Markle Selepas Ugutan Bahaya

Perlindungan 24/7 Buat Meghan Markle Selepas Ugutan Bahaya

Kerabat diraja England kini dalam keadaan berjaga-jaga ikutan bungkusan mengandungi serbuk putih mencurigakan berserta sepucuk surat sarat dengan mesej berunsur perkauman terhadap Meghan Markle.

 

Foto PPE/Nieboer/Sipa USA

Ancaman daripada bungkusan itu disedari oleh mereka yang mengendalikan surat-surat yang ditujukan kepada ahli kerabat. Sejurus selepas mereka melihat serbuk putih itu, surat itu terus dihantar kepada Polis Metropolitan untuk siasatan.

 

Pihak polis juga mengkategorikan kes ini sebagai “jenayah berunsur perkauman” selepas bungkusan itu tiba di Istana St. James minggu lalu.

 

Foto PPE/Nieboer/Sipa USA

Siasatan polis juga membuktikan serbuk tersebut tidak merbahaya namun insiden ini membuatkan pihak istana lebih peka dan berjaga-jaga dengan keselamatan Markle dan Putera Harry. Tambahan pula kebarangkalian perkara ini akan berlaku lanjutan daripada perkahwinan Markle bersama Putera Harry 19 Mei ini.

 

Pihak Istana juga telah menjamin keselamatan Markle dan pasangannya dengan perlindungan khas pihak polis. Markle terpaksa berhadapan dengan serangan secara lisan perihal status bangsanya. Insiden pertama adalah sewaktu Markle menyertai kerabat diraja England untuk makan tengahari bersama Ratu Elizabeth dan salah seorang jemputan pada hari itu, Puteri Michael of Kent, telah mengenakan kerongsang berunsur perkauman tanpa memikirkan perasaan Markle.