fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Lily James Dilamar Burberry
Kylie Jenner Bakal Membintangi Rancangan Realitinya Sendiri
Miss South Africa, Demi-Leigh Nel-Peters Dinobat Miss Universe 2017
Saksikan Penampilan Post-Pregnancy Beyoncé!
Lucky Blue Smith dan Stormi Bree Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan
Home > Uncategorized > Pertunjukan Pertama Co-Ed oleh Calvin Klein

Pertunjukan Pertama Co-Ed oleh Calvin Klein

Sumber: gettyimages

Sumber: gettyimages


 

Sebagai Ketua Pegawai Kreatif baru untuk Calvin Klein, Raf Simons telah mendedahkan bahawa koleksi pertama di bawah naungannya yang akan dipersembahkan Februari ini akan menampilkan pakaian lelaki dan wanita di dalam satu pertunjukan campuran.

 

Pertunjukan runway 2017 ini akan menjadi titik perubahan buat jenama ini dan pada masa yang sama menandakan kehadiran Raf Simons sebagai Ketua Pegawai Kreatif Calvin Klein.

 

Pertunjukan fesyen itu akan diadakan pada 10 Februari 2017 dalam slot pakaian wanita mengikut jadual ready-to-wear. Format ini juga akan digunakan oleh Raf untuk koleksi Luruh/Sejuk dan Bunga/Panas yang akan datang.

 

Selain Raf, jenama Bottega Veneta juga telah membuat pengumuman untuk menggunakan konsep ini buat pertunjukan koleksi mereka sendiri.

Raf Simons juga bakal mempamerkan koleksi pakaian lelakinya buat pertama kalinya di New York pada bulan yang sama tetapi lokasinya masih belum diumumkan.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid