fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selena Gomez Pernah Dimarahi Pengasas Instagram
Pengumuman Terbesar Chrissy Teigen Dan John Legend
Pemergian Stan Lee Meninggalkan Legasi Besar Kepada Dunia Hiburan
Kim Kardashian West Accidentally Membongkar Jantina Anaknya
Anugerah Fashion Swarovski Buat Franca Sozzani
Home > Uncategorized > Serena Williams Membidas Dakwaan Dia Bakal Bersara Dengan Satu Instagram Post

Serena Williams Membidas Dakwaan Dia Bakal Bersara Dengan Satu Instagram Post

Minggu lalu pemain tenis ternama dunia Serena Williams secara tidak langsung telah mengumumkan berita penghamilannya bersama tunang Alexis Ohanian (dia juga merupakan pengasas bersama laman sesawang Reddit) melalui satu foto di Snapchat.

 

Berita gembira itu walaupun disambut dengan gembira oleh keluarga, rakan dan peminat membuatkan dunia sukan, terutamanya tenis, terhenti seketika dengan persoalan:

Can Serena Williams return to the top of tennis after giving birth? – CNN

Selain CNN, beberapa pundit dalam dunia sukan turut menujukan soalan yang sama jikalau kelahiran cahaya mata sulung pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali ini akan menganggu prestasi atlet ini?

 

Untuk menjawab persoalan ini, Williams sendiri telah membidas kembali dengan sekeping foto di Instagramnya sendiri dengan kenyataan yang jelas mengenai keputusannya selepas kelahiran cahaya matanya.

 

Kenyataan Williams itu sekaligus mengesahkan kehamilannya buat mereka yang masih ragu-ragu dan juga mengumumkan yang dia telah kembali ke kedudukan pertama dalam Women’s Tennis Association untuk 317 minggu berturut-turut.

 

Wakil Williams juga telah mengesahkan bahawa dia bakalkembali ke gelanggang permainan selepas dia melahirkan anaknya