fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Peter Copping Letak Jawatan Sebagai Pengarah Kreatif Oscar de la Renta.
Keakraban Meghan Markle & Ratu Elizabeth Mendapat Perhatian Ramai
Trend Terkini: Solekan Iridescent
Pengajaran Kepada Will Smith Apabila Willow Mencukur Rambutnya
Wanita Malaysia Kimberley Ho Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 2019
Home > Uncategorized > Universiti Harvard Akan Menyampaikan Anugerah Kemanusiaan Kepada Rihanna

Universiti Harvard Akan Menyampaikan Anugerah Kemanusiaan Kepada Rihanna

Foto: Instagram/badgalriri

Universiti berprestij Harvard telah memilih penyanyi pop terkenal Rihanna untuk menerima anugerah “Humanitarian of The Year”.

 

Antara semua anugerah yang pernah diterima oleh Rihanna, anugerah ini mungkin diibaratkan seperti cherry on top kepada pencapaiannya setakat ini.

 

 

Rihanna akan menerima Anugerah Kemanusiaan Peter J. Gomes ini di kampus Harvard sebagai penghargaan mereka untuk kerja-kerja amal yang Rihanna telah lakukan untuk negara kelahirannya Barbados dan juga negara-negara lain.

 

Pengarah Harvard Foundation S. Allen Counter memberitahu People bahawa penyanyi berbakat ini juga telah membina sebuah pusat berteknologi tinggi untuk kajian onkologi dan perubatan nuklear untuk merawat kanser payudara di Hospital Queen Elizabeth, Barbados.

 

Selain itu, Rihanna juga telah menubuhkan sebuah yayasan yang digelar Clara Lionel Foundation untuk memperbaikkan kadar kesihatan, pendidikan, seni dan budaya di seluruh dunia.

 

Rihanna juga sebelum ini pernah bersama dengan Putera Harry melawat Barbados untuk membangkitkan kesedaran terhadap AIDS semasa Hari AIDS Sedunia.

 

Bulan lepas juga Rihanna dilaporkan melawat Malawi sebagai wakil yayasannya dan juga duta Global Citizen untuk berjumpa dengan pendidik, pegawai kerajaan, dan pelajar-pelajar untuk menekankan kepentingan pendidikan

 

met the bravest, most humble kids and young women this week! I can't wait to share more! #CLF #GC #GPE

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on