Related Stories
Home > Gaya Hidup > 10 Filem Wajib Tonton Di Pawagam Pada Februari 2024
10 Filem Wajib Tonton Di Pawagam Pada Februari 2024
Tahun 2023 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem menarik dan menghiburkan.
Bagaimanapun 2024 tidak kurang hebatnya. Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa.
Bulan Januari berjaya menghiburkan penonton dengan filem aksi dan beremosi seperti The Beekeeper, Pendekar Awang dan 172 Days.
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Henry Cavill, Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard, John Cena, Dua Lipa, Ariana DeBose, Bryan Cranston, Catherine O’Hara, Samuel L Jackson
Sinopsis: Pengarang terkenal, Elly Conway menulis novel terlaris tentang ejen rahsia bernama Argylle yang sedang dalam misi untuk membongkar sindiket pengintipan global. Bagaimanapun garis antara fiksyen dan realiti menjadi kabur setelah plot novelnya mula mencerminkan aktiviti rahsia organisasi pengintip dalam kehidupan sebenar.
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Bulan Sutena, Nita Gunawan, Catherine Wilson, Yama Carlos, Virnie Ismail
Sinopsis: Tari menjaga ibunya yang sakit selama tiga tahun. Walaupun doktor gagal mengesan penyakit, ibunya telah tiga kali mengalami keguguran, rambut gugur dan fizikalnya menjadi kurus kering. Setelah ibunya meninggal dunia, bapa saudara Tari muncul secara tiba-tiba dan meminta harta pusaka, sekali gus membongkar misteri yang menjadi persoalan selama ini.
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Peach Pachara Chirathivat, Chutimon Chuengcharoensukying, Sudarat Butrprom, Jaturong Mokjok
Sinopsis: Ketika bekerja sebagai pengurus pasar raya, Itt bertemu Tonnun, pekerja berkelakuan aneh dan misteri. Tonnun sering mencuri daging segar yang telah tamat tempoh daripada pasar raya, sekali gus membuatkannya curiga. Dan kini, Itt perlu membongkar apakah sebab di sebaliknya.
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Vino G. Bastian, Laudya Cynthia Bella, Anjasmara
Sinopsis: Tidak lama selepas Indonesia diisytihar merdeka, muncul ancaman pencerobohan kedua daripada pihak Sekutu. Buya Hamka memutuskan untuk mengelilingi Medan dan menyebar kepentingan perpaduan antara masyarakat dan tentera Indonesia. Filem biopik ini memperlihatkan pengorbanan Siti Raham yang sentiasa menyokong Buya Hamka kala suaminya memperjuangkan kemerdekaan dan menyebar dakwah.
Tarikh tayangan: 8 Februari
Dibintangi oleh: Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee, Pauline Tan
Sinopsis: Berkisar tentang seorang bapa bernama Choo yang terlalu mengongkong kehidupan anak-anaknya – Isaac, Alex dan Ruby. Akibatnya, hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Apabila isteri Choo, Aileen mengalami kecelakaan, mereka perlu memilih untuk memperbaiki hubungan yang retak atau terus berhentam.
Tarikh tayangan: 15 Februari
Dibintangi oleh: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Celeste O’Connor, Isabela Merced, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott
Sinopsis: Seorang paramedik, Cassandra Webb yang mempunyai kebolehan luar biasa terpaksa berhadapan dengan masa lalunya ketika cuba mempertahankan diri bersama tiga wanita lain.
Tarikh tayangan: 15 Februari
Dibintangi oleh: S. Gana, Ropie Pakodi, Echo Edgar Quah, Nazira Ibrahim, Kavitha Sinhya, Ain Evon, Wong Wei Tian
Sinopsis: Pada tahun 90-an, terdapat dua kumpulan samseng, Raja dan Ah Meng yang sentiasa melakukan keganasan. Pada suatu hari, satu kejadian berlaku di kampung halaman Sulaiman, jejaka yang disegani masyarakat setempat. Sulaiman mendapat tahu tentang perkelahian mereka dan cuba mendamaikan kedua-dua pihak. Usahanya membuahkan hasil. Sejak itu Raja dan Ah Meng bergelar sahabat baik sehinggalah berlakunya konflik disebabkan isu tanah, pemaju dan dan muslihat ahli kumpulan mereka sendiri.
Tarikh tayangan: 22 Februari
Dibintangi oleh: Kingsley Ben-Adir, Lashana Lynch, James Norton, Tosin Cole, Anthony Welsh, Michael Gandolfini, Umi Myers, Nadine Marshall
Sinopsis: Filem biopik yang berkisar tentang pemuzik reggae legenda, Bob Marley dan perjalanannya mengatasi kesukaran serta mencipta muzik revolusioner yang kita ketahui hari ini. Sebagai salah satu eksport budaya terbesar Jamaica, Bob Marley menyebarkan mesej keamanan, keharmonian dan rasa hormat terhadap satu sama lain dalam lagu-lagu ciptaannya.
Tarikh tayangan: 29 Februari
Dibintangi oleh: Timothee Chalamet, Josh Brolin, Stellan Skarsgard, Zendaya
Sinopsis: Dengan kuasa ramalan yang mungkin membantunya membimbing manusia ke arah masa depan lebih baik, Paul Atreides meneruskan perjalanan epiknya. Dia kini berada di landasan tepat untuk membalas dendam terhadap konspirator yang memusnahkan keluarganya. Selepas menguasai empayar dan membuat pilihan antara cinta dan nasib alam semesta, dia berusaha menghalang kehancuran masa depan yang hanya dia sahaja boleh ramalkan.
Tarikh tayangan: 29 Februari
Dibintangi oleh: Ryan Gosling, Emily Blunt, Winston Duke, Aaron Taylor-Johnson, Hannah Waddingham, Stephanie Hsu
Sinopsis: Karya adaptasi siri 80-an ini menyaksikan Colt Seavers, pelakon lagak ngeri yang terlibat dalam filem arahan bekas teman wanitanya. Bagaimanapun masa depan filem itu mengundang tanda tanya apabila pelakon utamanya hilang, dan Colt menawarkan diri untuk mencarinya.
Baca: 10 Filem Terburuk Lakonan Calon Oscar 2024
Lihat pula barisan filem yang bakal menemui anda bulan ini
1. ARGYLLE
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Henry Cavill, Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard, John Cena, Dua Lipa, Ariana DeBose, Bryan Cranston, Catherine O’Hara, Samuel L Jackson
Sinopsis: Pengarang terkenal, Elly Conway menulis novel terlaris tentang ejen rahsia bernama Argylle yang sedang dalam misi untuk membongkar sindiket pengintipan global. Bagaimanapun garis antara fiksyen dan realiti menjadi kabur setelah plot novelnya mula mencerminkan aktiviti rahsia organisasi pengintip dalam kehidupan sebenar.
2. RAMBUT KAFAN
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Bulan Sutena, Nita Gunawan, Catherine Wilson, Yama Carlos, Virnie Ismail
Sinopsis: Tari menjaga ibunya yang sakit selama tiga tahun. Walaupun doktor gagal mengesan penyakit, ibunya telah tiga kali mengalami keguguran, rambut gugur dan fizikalnya menjadi kurus kering. Setelah ibunya meninggal dunia, bapa saudara Tari muncul secara tiba-tiba dan meminta harta pusaka, sekali gus membongkar misteri yang menjadi persoalan selama ini.
3. E-SARN ZOMBIE
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Peach Pachara Chirathivat, Chutimon Chuengcharoensukying, Sudarat Butrprom, Jaturong Mokjok
Sinopsis: Ketika bekerja sebagai pengurus pasar raya, Itt bertemu Tonnun, pekerja berkelakuan aneh dan misteri. Tonnun sering mencuri daging segar yang telah tamat tempoh daripada pasar raya, sekali gus membuatkannya curiga. Dan kini, Itt perlu membongkar apakah sebab di sebaliknya.
4. HAMKA & SITI RAHAM VOL. 2
Tarikh tayangan: 1 Februari
Dibintangi oleh: Vino G. Bastian, Laudya Cynthia Bella, Anjasmara
Sinopsis: Tidak lama selepas Indonesia diisytihar merdeka, muncul ancaman pencerobohan kedua daripada pihak Sekutu. Buya Hamka memutuskan untuk mengelilingi Medan dan menyebar kepentingan perpaduan antara masyarakat dan tentera Indonesia. Filem biopik ini memperlihatkan pengorbanan Siti Raham yang sentiasa menyokong Buya Hamka kala suaminya memperjuangkan kemerdekaan dan menyebar dakwah.
5. RAIN TOWN
Tarikh tayangan: 8 Februari
Dibintangi oleh: Chew Kin Wah, Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee, Pauline Tan
Sinopsis: Berkisar tentang seorang bapa bernama Choo yang terlalu mengongkong kehidupan anak-anaknya – Isaac, Alex dan Ruby. Akibatnya, hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Apabila isteri Choo, Aileen mengalami kecelakaan, mereka perlu memilih untuk memperbaiki hubungan yang retak atau terus berhentam.
6. MADAME WEB
Tarikh tayangan: 15 Februari
Dibintangi oleh: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Celeste O’Connor, Isabela Merced, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott
Sinopsis: Seorang paramedik, Cassandra Webb yang mempunyai kebolehan luar biasa terpaksa berhadapan dengan masa lalunya ketika cuba mempertahankan diri bersama tiga wanita lain.
7. CURRY MEE
Tarikh tayangan: 15 Februari
Dibintangi oleh: S. Gana, Ropie Pakodi, Echo Edgar Quah, Nazira Ibrahim, Kavitha Sinhya, Ain Evon, Wong Wei Tian
Sinopsis: Pada tahun 90-an, terdapat dua kumpulan samseng, Raja dan Ah Meng yang sentiasa melakukan keganasan. Pada suatu hari, satu kejadian berlaku di kampung halaman Sulaiman, jejaka yang disegani masyarakat setempat. Sulaiman mendapat tahu tentang perkelahian mereka dan cuba mendamaikan kedua-dua pihak. Usahanya membuahkan hasil. Sejak itu Raja dan Ah Meng bergelar sahabat baik sehinggalah berlakunya konflik disebabkan isu tanah, pemaju dan dan muslihat ahli kumpulan mereka sendiri.
8. BOB MARLEY: ONE LOVE
Tarikh tayangan: 22 Februari
Dibintangi oleh: Kingsley Ben-Adir, Lashana Lynch, James Norton, Tosin Cole, Anthony Welsh, Michael Gandolfini, Umi Myers, Nadine Marshall
Sinopsis: Filem biopik yang berkisar tentang pemuzik reggae legenda, Bob Marley dan perjalanannya mengatasi kesukaran serta mencipta muzik revolusioner yang kita ketahui hari ini. Sebagai salah satu eksport budaya terbesar Jamaica, Bob Marley menyebarkan mesej keamanan, keharmonian dan rasa hormat terhadap satu sama lain dalam lagu-lagu ciptaannya.
9. DUNE: PART TWO
Tarikh tayangan: 29 Februari
Dibintangi oleh: Timothee Chalamet, Josh Brolin, Stellan Skarsgard, Zendaya
Sinopsis: Dengan kuasa ramalan yang mungkin membantunya membimbing manusia ke arah masa depan lebih baik, Paul Atreides meneruskan perjalanan epiknya. Dia kini berada di landasan tepat untuk membalas dendam terhadap konspirator yang memusnahkan keluarganya. Selepas menguasai empayar dan membuat pilihan antara cinta dan nasib alam semesta, dia berusaha menghalang kehancuran masa depan yang hanya dia sahaja boleh ramalkan.
10. THE FALL GUY
Tarikh tayangan: 29 Februari
Dibintangi oleh: Ryan Gosling, Emily Blunt, Winston Duke, Aaron Taylor-Johnson, Hannah Waddingham, Stephanie Hsu
Sinopsis: Karya adaptasi siri 80-an ini menyaksikan Colt Seavers, pelakon lagak ngeri yang terlibat dalam filem arahan bekas teman wanitanya. Bagaimanapun masa depan filem itu mengundang tanda tanya apabila pelakon utamanya hilang, dan Colt menawarkan diri untuk mencarinya.
Baca: 10 Filem Terburuk Lakonan Calon Oscar 2024
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
