GLAM Deko Idea – Tip Gubahan Bunga
Sentuhan Arkitek
Ekspresikan Kreativiti Anda Dengan Kuntuman Bunga Lego
Menu Manisan Mudah: Resipi Creme Brulee
Persediaan Cantik Sebelum Perkahwinan

5 Jam Tangan Merah Jambu Terbaik

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Franck Muller Vanguard Rose Skeleton Black Diamonds

Lima Jam Tangan Merah Jambu Terbaik Arloji Vanguard Rose Skeleton Black Diamonds tampil lebih menawan dalam konstruksi casing emas putih berlapis perawatan PVD hitam. Berdiameter 35mm, sekujur kelongsong jam berbentuk tonneau ini berbalut 422 butir berlian hitam potongan brilliant berjumlah 3.61 karat. Laman dailnya pula memaparkan rincian kerangka berhiaskan batu delima potongan brilliant serta komponen pergerakan manual kaliber MVT FM 1540-VS17 dan tali disempurnakan dari kulit buaya.

Richard Mille RM 38-02 Tourbillon Bubba Watson

Pink it is! Tidak ada persoalan yang berbangkit denganya kerana model baharu RM 38-02 Tourbillon Bubba Watson terbias harmoni. Dari dalam beralih ke rincian luarannya, konstruksi arloji keseluruhannya diperbuat daripada TPT® Quartz rona merah jambu, TPT® Quartz putih dan Carbon TPT®. Gabungan rona serta bahan yang berbeza tanpa mencampurkan kesemuanya untuk menjadi satu adalah cabaran teknikal yang sebenar. Model keempat yang membawa nama Bubba sepanjang 10 tahun bergelar pemain golf profesional bersama Richard Mille ini tampil dalam edisi terhad dengan nombor siri kepada 50 unit.
2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse