Victoria Beckham dan Estée Lauder Kembali Untuk Koleksi Terbaru

Ibu kepada empat, pereka fesyen, penerima OBE, dan tidak lupa juga sebagai peminat industri kecantikan, Victoria Beckham bakal melancarkan koleksi keduanya bersama Estée Lauder yang menampilkan 18 produk terbaru yang diinspirasikan oleh bandar-bandar kegemaran Beckham.
Fokus utama Beckham untuk koleksinya kali ini adalah: nude. Dia juga telah menawarkan dirinya untuk membintangi kempen koleksi ini.
“Bagi saya, koleksi kedua ini adalah untuk meraikan fesyen dan warna. Koleksi ini juga diinspirasikan oleh bandar-bandar kegemaran saya di setiap pelosok dunia. Saya menghasilkan lima gaya yang berbeza berdasarkan bandar-bandar yang saya lazim lawati. Koleksi mekap ini menggambarkan visi peribadi saya terhadap kecantikan dan saya berharap ia akan membuatkan setiap wanita yang menggunakan produk-produk ini merasa cantik dan yakin,” terang Beckham dalam satu temubual bersama W.

Koleksi ini juga mengembangkan lagi siri produk yang tidak terdapat dalam koleksi sebelum ini seperti maskara, blush, dan powder. Pembeli juga berpeluang untuk mendapatkan 2 set edisi terhad.
“Menyambung kejayaan daripada kerjasama koleksi mekap pertama kami tahun lepas, kami merasa teruja untuk meneruskan kerjasama ini bersama Victoria,” nyata Stephane de La Faverie, Presiden Jenama Global, Estée Lauder.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
