Home > Personaliti > Sembang Fesyen: Ezzati Amira
Bekas graduan Raffles Design Institute ini memulakan kerjaya sebagai pereka fesyen dalaman buat Le Ann Maxima. Saban musim, Ezzati tidak lekang mengeluarkan lebih 180 rekaan buat jenama itu. Ilmu pemasaran juga dipelajari. Namun, hati meronta untuk kembali fokus pada jati diri sendiri. Tahun 2012 menyaksikan dia membina jenama Ezzati Amira, lebih dekat dengan jiwa pereka fesyen muda ini. Selera fesyennya terpancar pada koleksi di Kuala Lumpur Fashion Week lalu dan terbias pada gaya peribadinya. Perlu tahu setiap baju contoh dijahit sendiri Ezzati.
GLAM: Bagaimana perjalanan membina jenama Ezzati Amira?
EZZATI AMIRA: Saya kembali melakar baju setelah hampir dua bulan berehat daripada dunia fesyen. Tidak terhenti di situ, saya mencari fabrik terbaik di sekitar Kuala Lumpur. Semuanya bermula dari situ. Saya hanya mengikut rentak sehingga saya percaya yang kini saya berada di jalan yang betul. Working on your own is like turning the world into your own classroom. Saya cukup selesa. Setiap kesalahan membentuk diri ini sehingga terlancarnya jenama Ezzati Amira pada penghujung 2012. Muzik dan seni menjadi inspirasi saya menghimpunkan koleksi yang pertama. Jenama ini bercirikan wanita moden dan membiaskan cita rasa androgini.
GLAM: Pandangan anda tentang stail peribadi?
EZZATI AMIRA: Setiap manusia punya sifat dan karakter tersendiri. Makna sebenar stail peribadi adalah bagaimana seseorang itu mampu melahirkan karakter mereka mengikut pilihan fesyen yang tersedia. Paling penting adalah mempercayai diri sendiri. Stail peribadi itu sungguh penting kerana trend fesyen sering berubah, yang kekal adalah gaya peribadi anda. Untuk mencari stail peribadi, cuba suai padankan ceraian dalam gerobok fesyen anda, lantas anda akan belajar apa yang terbaik untuk digayakan dan yang perlu dilupakan.
GLAM: Stail peribadi anda?
EZZATI AMIRA: Bold and loud! Ia cukup kena dengan karakter saya. Saya gemar menyarung ceraian longgar kerana cukup selesa dipakai. I will make sure that I know how to pull it off. A little bit of edginess with clashing elements. Saya suka suai padan siluet moden kontemporari dengan vintaj. Jam vintaj emas menjadi item penting dan saya mengaku yang saya ini accessories junkie! Percaya atau tidak, jika diberi pilihan, saya mahukan semua yang ada dalam gerobok fesyen mendiang Michael Jackson!
GLAM: Kongsi bersama selera fesyen anda.
EZZATI AMIRA: Saban musim, Alexander Wang sering menghimpunkan sesuatu yang hebat! Setiap musim, saya tertunggu-tunggu apa yang bakal pereka fesyen ini keluarkan. Haider Ackermann pula bijak menggabungkan palet dan seni drape, cukup menakjubkan. Pereka lain yang terus memberi inspirasi termasuklah Stella McCartney, Dries Van Noten dan Phillip Lim. Ada satu jenama asal Jerman, A Kind Of Guise menepati selera gaya hidup muda sekarang yang cukup hip. Saya turut menggemari gaya Tilda Swinton yang kekal dalam estetik androgini dan chic, sering tampil hebat dalam setiap gaya permaidani merah.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjala...
BY Maya Kusuma
Feb 24, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di...
BY Maya Kusuma
Feb 10, 2026
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha...
BY Maya Kusuma
Feb 09, 2026
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasanga...
BY Maya Kusuma
Jan 27, 2026
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Be...
BY Maya Kusuma
Jan 02, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
